Perak FC antara 2 kelab tunggu 'queue' dapatkan khidmat sayap lincah Gergasi Merah


  • Podium
  • Isnin, 12 Jun 2023

Sekitar sesi latihan Perak FC untuk persediaan saingan Liga Super 2023. — Instagram/ perakfcofficial_

SELEPAS mengalami kekalahan sembilan kali berturut-turut dalam saingan Liga Super 2023, kedudukan Perak FC terus merosot dengan menghuni tangga ke-11 carta.

Kegagalan barisan pemain anak buah kendalian Yusri Che Lah itu dalam mengutip tiga mata penuh tidak kesampaian apabila pihak lawan terus menghukum pasukan tersebut.

Skuad The Bos Gaurus (TBG) pastinya dilihat memerlukan khidmat daripada pemain yang cukup berpengalaman dalam kancah bola sepak.

WhatsApp Image 2023-06-12 at 11.33.21 (1)

Pemain sayap Gergasi Merah, Hein Htet Aung. — Instagram/ _heinhtet_aung

Oleh itu, pemain import daripada Selangor FC merupakan pilihan yang tepat kerana pasukan itu mempunyai ramai pemain yang cukup cemerlang dalam setiap penampilan di samping berada di kedudukan kedua dalam carta Liga Super.

Antara pemain yang dikaitkan dengan perpindahan tersebut ialah bintang muda Myanmar, Hein Htet Aung yang berkebolehan mengucar-ngacirkan barisan pertahanan pihak lawan.

Pemain muda kelahiran Myanmar itu pastinya terkenal dengan hantaran yang kemas iaitu boleh mematahkan benteng pertahanan pihak lawan.

Selain itu, ketika bersama The Red Giants, dia tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan barisan pemain kelab itu kerana kebolehan yang dimiliki olehnya menerusi hantaran, fokus dan pergerakan yang cekap.

Tambahan pula, pemain sayap The Red Giants itu mempunyai pengalaman dalam dunia bola sepak kerana pernah bermain dalam saingan liga Myanmar dan perlawanan persahabatan antarabangsa bersama pasukan kebangsaannya.

Pemain berusia 21 tahun itu pernah mencatatkan dua gol dalam 19 penampilan bersama Selangor FC pada musim lalu.

Di samping itu, selain Perak FC, Kelantan United FC (KUFC) juga antara pasukan yang turut menginginkan khidmat pemain berbakat tersebut.

Untuk rekod, Htet Aung mencatatkan sebanyak 10 penampilan dengan dua hantaran bantuan dalam saingan Liga Super 2023 dan dua kali diturunkan ketika perlawanan Piala FA.

Oleh itu, kehadirannya ke pasukan Perak FC pastinya memberikan sinar kepada pasukan itu untuk memberikan tekanan dan saingan kepada pihak lawan selain membantu jentera serangan TBG. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram