Skuad abang, adik kalah, fans Sabah harap sudah tiba masa 'coaching team' cari formula baharu


  • Podium
  • Sabtu, 10 Jun 2023

Barisan pemain KDA FC B meraikan kemenangan ke atas Sabah FC B-23.

SKUAD Sabah FC yang dilihat berada di landasan betul pada awal musim nampaknya tidak mampu untuk mengekalkan momentum tersebut apabila empat kali ditewaskan dalam saingan Liga Super 2023 berlangsung.

Walaupun pada awal musim Sang Badak menunjukkan aksi yang menarik apabila mencatatkan kemenangan sebanyak tujuh kali namun anak buah kendalian Datuk Ong Kim Swee (DOKS) tidak memanfaatkan peluang untuk mencetak gol.

Kekalahan yang memalukan itu nampaknya memberikan kesan negatif kepada barisan pemain Sang Badak yang dilihat cukup kecewa dengan prestasi semasa kelab tersebut.

WhatsApp Image 2023-06-10 at 20.54.38

Sekitar perlawanan antara Sabah FC B-23 dan KDA FC B. — Facebook/ KDA FC B

Bukan sahaja The Rhinos yang mengalami kekalahan dalam perlawanan Liga Super namun skuad Sabah FC Bawah-23 seakan-akan mengikut nasib malang skuad senior tersebut.

Ini kerana, dalam perlawanan Piala MFL 2023, pasukan Sabah FC U23 nampaknya tidak mampu untuk memberikan saingan yang tinggi kepada pihak lawan.

Pasukan junior itu kalah tipis dengan skuad Kedah Darul Aman FC B dengan keputusan 0-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada Sabtu.

"Abang dan adik sama sahaja, adik ikut perangai abang lah ni kalah. Semua kena bungkus, " kata Ridzuan Mohamad.

"Malar kalah dari senior sampai junior, mahu mandi bunga ni semua team," kata Hizan Nyamuking.

"Pihak pengurusan perlu kaji semula coaching team untuk pasukan senior dan junior, ini untuk kebaikan bersama juga, takkanlah mahu kalah saja, tengoklah taktikal luar negara mana tahu boleh terapkan," kata Aiman Kamaruddin.

Mungkin penyokong mahu barisan kejurulatihan mencari formula baharu dan taktikal lebih baik untuk diterapkan dalam pasukan bagi mengharungi baki musim.

Sabah FC B-23 mencatatkan hanya satu kemenangan, tiga kekalahan dan dua kali seri dalam kumpulan A saingan Piala MFL berlangsung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram