Tiada dalam senarai 27 pemain, fans mula berteka-teki punca kehilangan Van Dijk Malaysia


  • Podium
  • Ahad, 11 Jun 2023

Khuzaimi ketika menyarung jersi Harimau Malaya. — Facebook/FAM

KETIADAAN Khuzaimi Piee dalam senarai akhir 27 pemain yang dipanggil Kim Pan-gon bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea menimbulkan banyak persoalan orang ramai.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu mengekalkan seramai 17 daripada 27 pemain yang dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu di Johor Bahru, Johor pada Mac 2023.

Seramai 10 pemain baharu dipanggil kali ini termasuk lima pemain dari skuad Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 iaitu Safawi Rasid, Mukhairi Ajmal Mahadi, Haqimi Azim Rosli, Azam Azmi Murad dan Lee Tuck.

Manakala tiga pemain yang kembali dipanggil oleh Pan-gon ialah Natxo Insa, Junior Eldstal, Shahrel Fikri Md Fauzi serta penjaga gol, Azri Ab Ghani dan muka baharu, Syahir Bashah.

Khuzaimi baru sertai Selangor FC pada awal musim ini. — Facebook/Selangor FC

Namun nama pemain warisan Sweden-Malaysia, Junior Eldstal mula menjadi pertikaian penyokong bola sepak kerana ada yang menganggap ramai lagi pemain yang berkualiti di dalam Liga Malaysia.

Salah seorangnya ialah Khuzaimi yang diberi gelaran Van Dijk Malaysia tidak tersenarai dalam 27 pemain akhir.

Disebabkan itu, penyokong Harimau Malaya mula berteka teki punca utama ketiadaan Khuzaimi yang mesra dipanggil Jimmy di dalam skuad Pan-gon.

"Khuzaimi tidak mendapat panggilan kem latihan, mungkin faktor kurang bermain atau kurang keyakinan ? Rugi buat Harimau Malaya," kata @OnefootballM

Khuzaimi mula mendapat peluang bersama Harimau Malaya sejak Pan-gon dilantik oleh FAM. — Facebook/FAM

"Coach Tan Cheng Hoe tidak adventurous dalam pemilihan pemain, suka pakai pemain yang sama.

"Tidak beri masa untuk Jimmy adapt dalam Selangor, dua tiga poor game terus kena drop.

"Semua orang tahu physical strength, composure dan reading game Jimmy jauh lebih baik daripada Shahrul Nazeem (Afro)," jelas @Imranabbs.

"Mungkin sebab Khuzaimi baru baik injured, tak boleh expect terus perform macam dekat Negeri Sembilan," luah @Hoikolhokim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram