[VIDEO] Rembatan padu Sony Norde jadikannya pemain kedua robek gawang JDT


  • Podium
  • Jumaat, 09 Jun 2023

Sony Norde merobek gawang gol JDT kawalan Syihan Hazmi dengan sepakan percuma yang padu.

SONY Norde menggembirakan hati penyokong-penyokong Terengganu FC (TFC) selepas berjaya menjadi pemain kedua dalam Liga Super yang merobek gawang gol Johor Darul Takzim (JDT).

Jaringan sepakan percuma oleh Sony Norde itu selepas Nathaniel Shio Hong Wan (JDT) mengasari Nik Sharif Haseefy (TFC) di luar kotak penalti pasukan lawan pada minit ke-26 permainan.

Sony Norde mempunyai teknik sepakan percuma yang baik apabila dia merembat bola dengan padu hingga melepasi benteng yang dibuat oleh pemain-pemain JDT.

Dengan jaringan itu, TFC merupakan pasukan kedua yang berjaya merobek gawang JDT kawalan Syihan Hazmi selain daripada pasukan Kelantan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 11 Mac lalu.

Keputusan semasa JDT 2-1 TFC yang mana pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti kepada Harimau Selatan selepas Bergson da Silva dikasari pemain tuan rumah sebelum tamat separuh masa pertama. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram