Selepas Adriano, anak jati Penang pula disebut punca Harimau Kumbang cicir mata penuh di laman sendiri


  • Podium
  • Jumaat, 09 Jun 2023

Skuad Harimau Kumbang terpaksa berpuas hati dengan satu mata yang diperoleh. — Facebook/MFL

SELEPAS mengalami tiga kekalahan berturut-turut dalam Liga Super, Penang FC akhirnya mampu menarik nafas lega selepas mencuri satu mata di laman sendiri.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Khamis, jaringan Tchetche Kipre pada minit ketujuh meletakkan skuad Warga Kota di hadapan.

Bagaimanapun, anak-anak buah Manzoor Azwira Abd Wahid mengikat kedudukan menerusi gol lewat penyerang import, Giovane Gomes beberapa minit sebelum wisel penamat ditiupkan.

Memasuki separuh masa kedua permainan, asakan demi asakan dibuat tuan rumah yang sedikit memaksa KL City FC bertahan sehingga akhir permainan.

Kelegaan pastinya dirasakan rata-rata penyokong Harimau Kumbang yang berpuas hati dengan kebolehan pasukan berkenaan untuk 'mencuri' satu mata.

Bagaimanapun, persembahan segelintir pemain di atas padang menerima kritikan, lebih-lebih lagi dalam barisan pertahanan yang melepaskan gol terlalu awal.

Antara yang diberikan perhatian adalah pemain berjersi no 66, Zahril Azri Zabri yang diturunkan di posisi tengah dalam aksi berkenaan.

Pemain yang dipinjamkan dari Selangor FC itu dikatakan terlalu mudah kehilangan bola selain gagal melakukan hantaran mudah terhadap rakan sepasukan.

"Dua perlawanan berturut-turut Zahril main tanpa memberi sumbangan, lebih baik Manzoor turunkan pemain lain," kata Carpet Grass.

"Perlawnaan yang bagus, cuma barisan pertahanan yang sedikit teruk. Kena kukuhkan lagi benteng dan Zahril perlu digantikan dengan Ousmane (Fane) selepas ini," kata Md Azrie.

"No 66 (Zahril) tu sesuai untuk digugurkan dan perkemaskan posisi tengah. Adriano juga perlu mengurangkan pegangan bola terlalu lama," kata Muhd Danial.

Zahril yang merupakan pemain berusia 24 tahun sudah mencatatkan enam penampilan Liga Super musim ini bersama skuad Harimau Kumbang.

Namun, dia masih tidak dapat memberi sebarang sumbangan signfikan apabila dia jarang terlibat ketika situasi menyerang Penang FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram