WALAUPUN berada pada kedudukan ke-10 dalam carta Liga Super,namun ia bukan penghalang untuk skuad Penang FC terus memberikan tekanan kepada pihak lawan menjelang perlawanan seterusnya.
Ini kerana, dalam perlawanan menentang pencabar utama Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT), Penang FC dilihat mampu memberikan cabaran apabila hanya membenarkan pasukan pelawat mencetak dua gol sahaja.
Walaupun tewas dalam perlawanan tersebut, setidaknya, Harimau Kumbang tidak dimalukan dalam aksi di laman sendiri iaitu hanya dengan keputusan 0-2.
Bekas import, Penang FC, Sheriddin Boboev. — Instagram/ sheriddinm_
Oleh itu, anak buah kendalian Manzoor Azwira Abdul Wahid, nampaknya akan meneruskan momentum tersebut menjelang perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) yang merupakan cabaran besar apabila pasukan itu berjaya menundukkan Sabah FC dan Sri Pahang FC.
Baru-baru ini, skuad Harimau Kumbang mendapat tonik baharu iaitu menerima kata-kata semangat daripada legenda Penang, Merzagua Abderrazak yang digelar 'Great Merz' untuk terus bangkit.
Tangkap layar hantaran di Instagram. — Instagram/ officialpenangfc
Namun begitu, menerusi satu hantaran di laman Instagram, officialpenangfc, bekas pemain import Penang FC, Sheriddin Boboev turut memberikan kata-kata semangat buat pasukan lamanya dalam menghadapi perlawanan yang agak getir tersebut.
Walaupun hanya dengan memberikan simbol emoji bentuk api namun ia adalah satu pemberitahuan yang pastinya akan membakar semangat barisan pemain Harimau Kumbang itu.
Untuk rekod, pemain kelahiran Tajikistan itu beraksi bersama Penang FC pada musim lalu dengan mencetak enam gol dan empat hantaran bantuan sebanyak 22 penampilan dalam saingan Liga Super.
Penang FC bakal menerima kunjungan daripada KL City FC untuk pusingan kedua liga yang akan berlangsung di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang pada Khamis. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram