Ramon Marcote tepuk dahi, 3 kelab gergasi tewas dengan import liga sosial


  • Podium
  • Jumaat, 09 Jun 2023

Tan Cheng Hoe (kanan) dan Marcote sekali lagi bergandingan di Selangor FC. — Facebook/Selangor FC

PDRM FC boleh diibaratkan sebagai 'The Giant Killer' selepas menundukkan dua pasukan gergasi dalam saingan Liga Super di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, Selangor baru- baru ini.

Ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh kita anggap sebagai 'nasib', kerana sudah tiga kali PDRM berjaya menewaskan pasukan gergasi dalam 14 perlawanan Liga Super 2023.

Pasukan pertama yang menjadi mangsa PDRM ialah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) apabila The Cops mengejutkan seluruh penyokong bola sepak dengan menundukkan Sang Kenari di Stadium Darul Aman, Kedah pada 4 Mac dengan keputusan 1-0.

PDRM sekali lagi menjadi 'spotlight' penyokong tempatan selepas hanya bolos dengan satu jaringan ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) pada 19 April dalam saingan Liga Super.

Sang Saka Biru sekali lagi membuktikan kemampuanya ketika bertemu Selangor FC apabila berjaya mengutip tiga mata penuh di Stadium Stadium MBPJ, Petaling Jaya apabila jaringan Bruno Suzuki meranapkan impian Gergasi Merah untuk terus memperkukuhkan kedudukan di tangga kedua liga.

Pada Khamis, PDRM dengan keyakinan yang tinggi mengulangi kejayaan menewaskan pasukan Sabah 1-0 dengan jaringan gol oleh Nabil Ahmad Lapti pada separuh masa pertama permainan.

Screenshot 2023-06-09 at 18-48-01 Instagram

Tangkap layar komen Marcote di Instagram Palatao Bola.

Ternyata kejayaan PDRM FC itu mendapat perhatian oleh penolong jurulatih Selangor FC, Ramon Marcote apabila dia memberikan reaksi spontan di dalam ruangan komen Instagram.

Reaksi yang diberikan Marcote ialah emoji seorang lelaki sedang menepuk dahinya.

Tindakan Marcote itu dibuat sebagai respons kepada salah satu posting yang dimuat naik Palatao Bola dalam Instagram pada Jumaat.

Tambah menarik lagi pasukan PDRM FC musim ini menandatangani pemain import liga sosial di negara ini iaitu Jacque Faye.

Faye yang menjadi tonggak utama PDRM FC untuk mengawal bahagian tengah pasukan berjaya membantu The Cops menewaskan tiga pasukan gergasi Liga Malaysia. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram