Selamat hari jadi Kim Pan-gon, terima kasih buat Harimau Malaya kembali digeruni


  • Podium
  • Khamis, 08 Jun 2023

Pan Gon berjaya memperbaiki ranking skuad kebangsaan dari kedudukan154 dunia sehingga 138 dunia. — Bernama

"SELAMAT hari jadi Kim Pan-gon."

Itulah yang diucapkan oleh seluruh penyokong bola sepak Malaysia pada hari ini (8 Jun) di dalam ruangan komen Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

FAM mengucapkan selamat hari jadi kepada Pan-gon yang telah banyak mengubah landskap dan prestasi permainan Harimau Malaya sehingga kembali digeruni pasukan di sekitar rantau Asean.

"Selamat hari jadi Kim Pan-gon, kami percaya anda," kata Chin Chin.

"Selamat hari jadi KPG, sentiasa dalam keadaan yang sihat supaya dapat bawa bola sepak Malaysia ke Piala Dunia," ujar Rahaizal Razi.

"Selamat hari jadi coach, terima kasih sebab jadikan Harimau Malaya 'great again'," luah Nei Yon.

Dalam meraikan hari jadi ketua jurulatih Harimau Malaya itu, Majoriti senaraikan empat kejayaan yang dibawa Pan-gon sejak mengemudi skuad kebangsaan pada Mac 2022:

Pemain Malaysia meraikan kejayaan layak ke Piala Asia 2023 bersama Ultras Malaya. — Facebook/FAM

1. Menamatkan penantian 42 tahun layak secara merit ke Piala Asia 2023

Pan-gon yang baru memegang jawatan sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya selama tiga bulan berjaya layak secara merit ke Piala Asia sekali gus menamatkan sumpahan selama 42 tahun tidak layak ke pentas tertinggi Asia itu.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan Hong Kong itu dilantik secara rasmi pada Mac 2022 bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang melepaskan jawatan dan dalam tempoha sesingkat itu Malaysia layak ke Piala Asia.

Semasa kempen kelayakan Piala Asia, Malaysia berjaya menewaskan pasukan yang lebih kuat seperti Turkmenistan dan memberikan saingan kepada Bahrain.

Skuad kebangsaan juga mudah menewaskan Bangladesh 4-1 bagi melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2023.

FAM-FILIPINA

Kesebelasan utama pertama Pan-gon ketika pertama kali mengendalikan perlawanan Harimau Malaya. — Facebook/FAM

2. Rekod 10 kemenangan dalam 14 perlawanan antarabangsa

Sejak mengambil alih Harimau Malaya, Pan-gon berjaya mencatatkan 10 kemenangan dalam 14 perlawanan persahabatan mahupun pertandingan.

Antara mangsa yang dibaham Harimau Malaya ialah Filipina, Hong Kong, Turkmenistan, Thailand, Brunei, Bangladesh, Myanmar, Laos dan Singapura.

Manakala hanya empat negara yang pernah menundukkan Harimau Malaya iaitu Singapura, Bahrain, Vietnam dan Thailand.

Ini menunjukkan corak permainan dan displin yang dibawa Pan-gon ketika menentang lawan lebih kuat sangat efektif.

Piala AFF

Skuad Piala AFF 2022. — Facebook/FAM

3. Harimau Malaya yang lebih 'fresh'

Sejak Kim Pan-gon mengambil alih skuad Harimau Malaya, boleh dikatakan setiap kali panggilan ke dalam skuad kebangsaan akan ada muka baharu.

Tidak pernah terbayang oleh penyokong bola sepak Khuzaimi Piee dipanggil menyertai skuad kebangsaan semasa Pan-gon baru mengemudi Harimau Malaya.

Antara muka baharu yang pernah dipanggil Pan-gon seperti Shahrul Nazeem, Stuart Wilkin, Azam Azmi, Haqimi Azim dan ramai lagi.

Ia jelas berbeza apabila bekas pengendali Harimau Malaya sebelum ini sering kali memanggil pemain-pemain sama seperti Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan dan pemain senior yang lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram