'Hong Wan bukan the best pivot', fans perjelas faktor pemain JDT tidak dipanggil HM


  • Podium
  • Khamis, 08 Jun 2023

Ketiadaan Hong Wan dalam skuad kebangsaan mula dipersoal penyokong bola sepak. — Facebook/JDT

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya mengumumkan senarai 27 pemain ke kem latihan pusat Harimau Malaya bermula 10 Jun 2023.

Seramai 27 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon akan ke kem latihan pusat di Kuala Terengganu, Terengganu bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea, masing-masing pada 14 dan 20 Jun 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu telah mengekalkan seramai 17 daripada 27 pemain yang dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu di Johor Bahru, Johor pada Mac 2023.

Seramai 10 pemain baharu dipanggil kali ini termasuk lima pemain dari skuad Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 iaitu Safawi Rasid, Mukhairi Ajmal Mahadi, Haqimi Azim Rosli, Azam Azmi Murad dan Lee Tuck.

Manakala tiga pemain yang kembali dipanggil oleh Pan-gon ialah Natxo Insa, Junior Eldstal, Shahrel Fikri Md Fauzi serta penjaga gol, Azri Ab Ghani dan muka baharu, Syahir Bashah.

Namun ketiadaan pemain warisan England-Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan menjadi persoalan orang ramai apabila dia sedang berada dalam prestasi terbaik bersama Johor Darul Takzim (JDT).

Hong Wan pernah beraksi bersama skuad muda Wolverhampton Wanderers. Agensi

Salah seorang penyokong, @Wafiyqqqq memberikan pandangan peribadinya tentang Hong Wan yang tidak tersenarai dalam skuad kebangsaan kali ini.

"Ramai anggap Hong Wan patut dipanggil tapi bagi aku tidak, ada sebab tertentu yang menunjukkan Hong Wan bukanlah 'the best pivot' untuk main dalam peringkat antarabangsa.

"Sebagai contoh, sekiranya ada pasukan lawan yang main 'high pressing' atau lebih kepada 'man orientation marking' di kawasan tengah boleh dikatakan Hong Wan takkan ada ruang untuk 'progress the ball'.

"Hong Wan jenis 'midfielder' yang cepat untuk lepaskan bola tapi untuk 'hold ball' adalah tidak.

Hong Wan JDT'

Hong Wan musim ini menjadi pilihan utama beraksi di kawasan tengah JDT. Facebook/JDT

Tambahnya lagi, kecemerlangan Hong Wan mengawal kawasan tengah JDT adalah disebabkan pertolongan daripada beberapa pemain Harimau Selatan yang berdekatan dengan posisinya.

"Di Liga Super, kita sebenarnya boleh lihat yang kebanyakan gerakan Hong Wan adalah lebih mendapat 'back up' dari Feroz Baharudin dan Jordi Amat serta Leandro Velazquez atau Endrick dos Santos yang turun ke bawah untuk Hong Wan lepaskan bola dengan cepat.

"Hong Wan ada keupayaan untuk tukar permainan dengan bagus sebab ada 'vision' dan 'passing accuracy' yang bagus cumanya bila dia kena 'pressure' dalam situasi 1 lawan 1, maka dia akan mudah kehilangan bola dan buat kesilapan di zon 8/5.

"Benda ini ada terbukti dalam beberapa perlawanan JDT di Liga Super," jelasnya.

Natxo Insa

Natxo Insa dipanggil semula ke dalam skuad kebangsaan. Agensi

@Wafiyqqqq mendedahkan tiga pemain menjadi pilihan Pan-gon untuk panggilan kem kebangsaan kali ini adalah disebabkan kemahiran dan ketenangan mereka mengawal bola di kawasan tengah.

"Jika nak dibandingkan dengan Afiq Fazail dan Syamer Kutty Abba, kedua-dua pemain ini lebih bagus dalam menyimpan bola dan untuk 'hold' permainan di kawasan tengah begitu juga dengan Natxo Insa.

"Perkara ini mungkin dapat dilihat di Asian Champions League (ACL) nanti sekiranya Hong Wan masih berada dalam kesebelasan utama JDT.

"Dari segi taktikal, Pan-gon punya corak lebih suka penggunaan pivot yang bukan hanya boleh 'progress' bola tapi juga 'joint the attack', ada 'coverage' yang bagus dan boleh pegang bola sekiranya ditekan.

"Mungkin ini adalah faktor kenapa Hong Wan masih belum dipanggil ke dalam skuad Harimau Malaya," ujarnya.

Malaysia bakal bertemu pasukan Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea pada perlawanan persahabatan antarabangsa ketika jendela FIFA bermula minggu depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram