AMIRBEK Juraboev.
Itulah nama yang menjadi dambaan penyokong Sang Kenari selepas dia menunjukkan komitmen yang tinggi dalam empat perlawanan terakhir Liga Super.
Pemain kebangsaan Tajikistan itu tampak sudah mula serasi dengan taktikal yang dibawa oleh Nafuzi Zain sehingga mendapat pujian daripada orang ramai.
Salah seorang penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berkongsi pandangan peribadinya mengenai Amirbek yang memainkan peranan penting dalam sistem permainan skuad Hijau Kuning.
Amirbek meraikan jaringan gol ketika bertemu Perak FC pada Rabu. — Facebook/KDA FC
"Kalau kita masih ingat lagi, di masa awal perpindahan pemain dalam musim ini, ada satu posting dari wartawan The Star, T. Avineshwaran di Twitternya memberikan cadangan kepada pasukan-pasukan Liga Super untuk pantau Amirbek.
"Ketika itu Amirbek bermain di dalam Liga Filipina bersama United City FC.
"Dalam posting Avineshwaran, Amirbek jenis 'midfielder' yang main 'box to box' yang perlu diberi perhatian.
"Tak sangka pula KDA FC dapat sambar Amirbek bagi mengisi kuota import pasukan," katanya.
Amirbek sebelum ini beraksi bersama United City FC. — Agensi
Individu tersebut turut memuji komitmen yang diberikan Amirbek sehingga mampu menjaringkan gol serta melancarkan sistem taktikal pasukan Kedah.
"Workrate Amirbek sangat tinggi, boleh kata dia bagi 100 peratus dalam setiap perlawanan yang dia main.
"Jadi tidak hairan kalau dalam game lawan Perak FC tempoh hari dia jaringkan dua gol.
"Sebelum ini banyak kali dah dalam game dia selalu cuba untuk dapatkan gol.
"Dalam sistem KDA FC bukan hanya nak tumpukan dekat penyerang yang nak buat gol.
Tambahnya, peranan yang dimainkan Willian Lira sangat penting buat Amirbek menjaringkan gol buat pasukan Hijau Kuning.
"Nampak tugas Lira ini macam tarik pemain lawan dan buka ruang.
"Lira selalu buka ruang untuk pemain lain pula buat gol cara macam 'shadow' penyerang," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram