'Kami patut menang tapi keputusan seri adalah tepat' — Bojan Hodak


  • Podium
  • Jumaat, 09 Jun 2023

Aksi pemain The City Boys mengawal ketat pemain Harimau Kumbang. — Facebook/ MFL

PASUKAN Kuala Lumpur City FC (KL City FC) mencatatkan kemenangan ketika menentang Sri Pahang FC dengan keputusan 2-1 pada perlawanan ke-13 di Stadium Darul Makmur, Pahang pada Ahad.

Namun, dalam aksi perlawanan menghadapi Penang FC, The City Boys gagal dalam membawa tiga mata penuh malah hanya sekadar seri 1-1 di laman pihak lawan.

Dalam perlawanan tersebut, KL City FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain pertahanan import dari Australia, Giancarlo Gallifuoco dilayangkan kad merah pada minit ke-79, kerana menjatuhkan Gomes ketika cuba menghalangnya di hadapan kotak penalti.

WhatsApp Image 2023-06-09 at 13.36.50

Penjaga gol Harimau Kumbang tidak berjaya menangkap kemas jaringan Kipre. — Facebook/ MFL

Namun, sepakan percuma yang diberikan oleh pengadil perlawanan berikutan insiden tersebut tidak berjaya disempurnakan dengan baik oleh pemain import kelahiran Lubnan, Soony Saad.

Kegagalan menyempurnakan sepakan percuma tersebut menyebabkan kedua pasukan itu sekadar berkongsi satu mata.

Memasuki separuh masa kedua permainan, asakan demi asakan dibuat tuan rumah yang sedikit memaksa KL City FC bertahan sehingga akhir permainan.

Sementara itu, pengendali KL City FC, Bojan Hodak berkata, skuad The City Boys telah beraksi dengan baik dalam meraih gol pertama pada perlawanan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang itu.

"Saya rasa pada separuh masa pertama, kami harus memastikan kemenangan berpihak kepada kami. Kami mempunyai dua gol, tetapi dibatalkan kerana ofsaid.

"Kami juga mempunyai gerakan yang cukup baik, beberapa peluang baik. Tetapi, pada separuh masa kedua, saya ada melakukan sedikit perubahan dan mereka pada awalnya nampak cukup baik.

"Tetapi, tidak lama kemudian, saya pun tidak tahu bagaimana untuk katakannya kerana kami mempunyai lebih banyak peluang untuk kembali di hadapan.

Saya juga berasakan keputusan seri adalah adil buat kedua-dua pasukan," katanya.

Menurut Hodak bagaimanapun anak buahnya telah menamatkan perlawanan dengan menunjukkan aksi yang baik walaupun hanya sekadar berkongsi satu mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram