Nama Natxo Insa dalam senarai Pan-gon, fans jangka drama kecederaan 'misteri' berlaku bila-bila masa


  • Podium
  • Rabu, 07 Jun 2023

Aksi yang ditampilkan oleh Natxo Insa (kiri) ketika bermain bersama Harimau Malaya. — Facebook/FAM

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan seramai 27 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Kuala Terengganu,Terengganu bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea pada Jun nanti.

Seramai 10 pemain baharu dipanggil kali ini termasuk lima pemain dari skuad Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 iaitu Safawi Rasid, Mukhairi Ajmal Mahadi, Haqimi Azim Rosli, Azam Azmi Murad dan Lee Tuck.

Selain itu, tiga pemain yang kembali dipanggil iaitu Natxo Insa, Junior Eldstal dan Shahrel Fikri Md Fauzi serta penjaga gol, Azri Ab Ghani dan muka baharu, Syahir Bashah.

WhatsApp Image 2023-06-07 at 15.39.44

Pemain naturalisasi, Natxo Insa tersenarai dalam skuad Harimau Malaya. — Instagram / natxoinsa

Namun, dalam senarai tersebut, rata-rata penyokong terkejut dengan kemunculan salah seorang pemain Johor Darul Takzim (JDT), Natxo Insa yang turut dibawa masuk dalam senarai skuad tersebut.

Pemain yang berstatus naturalisasi itu menjadi bualan hangat kerana dikatakan sering mengalami kecederaan misteri apabila tersenarai dalam skuad tersebut.

Terdapat beberapa komen penyokong yang mengatakan bahawa pemain tengah itu tidak sepatutnya berada dalam skuad Harimau Malaya.

"Natxo Insa terpaksa meninggalkan kem latihan kerana kecederaan lutut dialaminya," kata Faiz Faezal.

"Natxo lama sakit bertahun-tahun, tiba-tiba pula kali ini sudah sihat," kata Aiman Farhan.

"Selepas kurang dapat minit permainan dekat kelab. Masa selalu main first eleven kat kelab selalu sakit saja kalau ada call up dari kebangsaan," kata Shafidzul Hafiz.

Ramai penyokong tidak berpuas hati dengan senarai yang dikeluarkan okeh FAM itu berikutan nama pemain Natxo Insa yang sering memberikan alasan tidak munasabah apabila dipanggil dalam skuad kebangsaan.

Ini kerana, pemain berketinggian 1.77 meter itu ketika ini dikhabarkan mengalami kecederaan bersama Harimau Selatan namun masih mendapat panggilan skuad Harimau Malaya.

Seperti yang diketahui, kapten Harimau Malaya, Dion Cools tidak dapat bersama-sama untuk menyertai kem latihan pusat kali ini kerana melangsungkan majlis perkahwinannya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram