'No Cools, no problem', medan 'tanker' muda JDT tunjuk taring aksi bersama HM


  • Podium
  • Selasa, 06 Jun 2023

Barisan pemain Harimau Malaya musim lalu. — Instagram/djcools21

KAPTEN Harimau Malaya (HM), Dion Cools dijangka akan terlepas panggilan untuk membarisi skuad kebangsaan menjelang dua aksi persahabatan menentang Papua New Guinea dan juga Kepulauan Solomon pada Jun ini.

Dikhabarkan bahawa kemungkinan besar pertahanan kental HM, Cools tidak berada dalam senarai panggilan kali ini.

Ini kerana, pemain berusia 27 tahun itu bakal melangsungkan perkahwinan yang menyebabkan khidmatnya terpaksa dilupakan sementara waktu.

WhatsApp Image 2023-06-06 at 18.57.18

Pemain pertahanan muda JDT, Feroz yang semakin meningkat naik. — Instagram/ferozbaharudin

Namun begitu, jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon dijangka akan kekal mempertaruhkan barisan kebiasaan Malaysia dengan beberapa pertukaran kecil dijangka bakal dilakukan.

Beberapa pemain skuad bawah 23 tahun negara juga difahamkan berada dalam radar pengendali kelahiran Korea Selatan itu untuk dibawa ke Terengganu kelak.

Oleh itu, nama pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT), Feroz Baharudin menjadi sebutan para penyokong bola sepak tanah air untuk menggantikan posisi tersebut.

"Feroz JDT kan ada, ngam pair dengan Shahrul Saad (Badak)," kata Shah Ahmad.

"Feroz pengganti dia. Feroz paling layak, jangan peram pula nanti," kata Mohd Fitri.

"Feroz tu pelapis terbaik, kalau tak select memang melepaslah peluang," kata Pak Karim.

Dalam saingan Liga Super, gandingan hebat antara Feroz dan Jordi Amat menarik perhatian penyokong apabila berjaya membuktikan pertahanan skuad JDT sukar dirobek.

Harimau Selatan melakar kemenangan sepanjang Liga Super berlangsung dengan memegang rekod tanpa kalah.

Feroz merekodkan satu jaringan dan hantaran bantuan dengan 10 penampilan bersama pasukan Harimau Selatan dalam saingan Liga Super bersama JDT.

Oleh itu, kehadiran pemain berusia 23 tahun itu pastinya bakal membantu bahagian pertahanan skuad Harimau Malaya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram