
HARTAWAN Qatar, Sheikh Jassim Hamad al-Thani telah membuat tawaran baharu untuk membeli kelab Manchester United itu secara langsung daripada pemiliknya, keluarga Glazer.
Tawaran itu telah dikemukakan kepada pemilik semasa kelab, keluarga Glazers dan bank pelaburan Amerika Raine Group, yang menguruskan proses penjualan tersebut.
Tawaran Sheikh Jassim adalah satu-satunya bidaan untuk kelab yang mana akan menyaksikan mereka mengambil alih 100 peratus pemilikan kelab dan meletakkan tarikh akhir iaitu pada Jumaat untuk menunggu maklum balas daripada United sama ada ia berjaya atau tidak.
Jim Ratcliffe merupakan pilihan yang tepat untuk memiliki kelab tersebut bersama Kumpulan Ineosnya, yang cadangannya akan menyaksikan pengerusi bersama semasa Avram dan Joel Glazer kekal dalam lembaga pengarah.
Tawaran Ratcliffe, walaupun bukan untuk kawalan penuh, memang menghargai kelab itu lebih tinggi daripada Sheikh Jassim walaupun meletakkan harga £6 bilion atau RM34 billion pada kelab itu.
Keluarga Glazer, yang pada asalnya mengumumkan November lalu mereka sedang mempertimbangkan untuk menjual kelab atau mencari pelaburan, masih belum mengesahkan sama ada terdapat pembida pilihan dalam proses itu.
Tarikh akhir asal untuk proses itu ialah 28 April. Meskipun belum ada keputusan dibuat, Kumpulan Ineos Ratcliffe tetap dianggap sebagai pilihan oleh ramai berbanding tawaran baharu Sheikh Jassim. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram