Kecewa Eky tak skor, Devan ulang kembali skrip tak cukup import berkualiti


  • Podium
  • Selasa, 06 Jun 2023

Sekitar aksi perlawanan dipamerkan oleh pemain skuad Jang menentang The Cats. — Facebook/ MFL

PENGENDALI Negeri Sembilan FC (NSFC), K.Devan tidak begitu terkejut dengan keputusan perlawanan kerana anak buahnya mempunyai banyak peluang yang baik untuk menjaringkan gol namun terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang Kuching City dalam saingan Liga Super 2023 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching pada Ahad.

Tuan rumah mendahului 1-0 apabila Zahrul Nizwan Joe Kifli Zulkeflee menjaringkan gol pada minit kelapan tetapi asakan tinggi Sang Jang membolehkan mereka menyamakan kedudukan pada minit ke-34 menerusi Casagrande.

Jaringan penyamaan tersebut menggembirakan skuad NSFC kerana mereka menguasai permainan dan melakukan serangan tetapi tidak menggunakan peluang tersebut dengan baik untuk mencetak lebih banyak gol, sekali gus sepatutnya memenangi perlawanan.

WhatsApp Image 2023-06-06 at 08.20.55

Skuad Jang meraikan gol penyamaan ketika menentang The Cats. — Facebook/ MFL

K. Devan berkata, jika menang, tiga mata tersebut mampu meningkatkan kedudukan mereka dalam carta Liga Super.

“Kesilapan di bahagian pertahanan menyebabkan kami memberikan gol pembukaan kepada lawan. Oleh itu, kami memberi tekanan kepada lawan kami dan ia berjaya. Kami menguasai perlawanan, mencipta peluang dan Casagrande menjaringkan gol hebat pada separuh masa pertama.

“Kami juga lebih baik pada separuh masa kedua dan mencipta banyak peluang tetapi kami tidak menjaringkan gol.

“Eky (Shahrel Fikri Md Fauzi) terlepas banyak peluang. Kami mahu mengutip tiga mata tetapi hanya memperoleh satu mata. Saya kecewa dengan keputusan itu kerana kami mempunyai banyak peluang. Bagaimanapun, kami tidak sabar untuk kembali bangkit," kata Devan, yang berada di tahun ketiga bersama kelab itu.

Skuad Jang akan bertandang ke Kuantan untuk menentang pasukan Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur pada Jumaat.

Disebabkan masalah kecergasan, pemain tengah Singapura, Safuwan Baharuddin tidak tersenarai dalam kesebelasan utama tetapi Devan berharap untuk melihat kepulangannya kerana pasukan itu amat memerlukan pemain import menentang Tok Gajah.

“Saya tidak ada masalah dengan pemain tempatan kerana kami boleh bergilir, tetapi kami hanya mempunyai tiga pemain import dalam skuad kami sekarang. Di Kuching, hanya Levy (Madinda) dan Casagrande yang ada,” kata Devan.

“Menentang Sri Pahang, kami memerlukan ketiga-tiganya, jadi saya harap Safuwan akan tersedia untuk meningkatkan peluang kami.”

Pasukan NSFC berada pada kedudukan kelapan Liga Super dengan mengutip 18 mata. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram