Caion tak lagi diperlukan, KL City kini dapat sentuhan pemain Liga Thailand


  • Podium
  • Ahad, 04 Jun 2023

Tonggak utama The City Boys, Herlison Caion dikhabarkan tidak lagi diperlukan ketika jendela perpindahan kedua nanti. — Instagram/caionofficial

SELEPAS hanya menduduki tangga ketujuh untuk pusingan pertama Liga Super 2023, Kuala Lumpur City FC (KL City FC) nampaknya bakal menerima sentuhan berbisa daripada bekas pemain Liga Thailand bagi membantu pasukan itu berada pada tahap yang lebih baik.

Rentetan kemenangan KL City FC ke atas skuad Sabah FC dalam pusingan suku akhir Piala FA dengan keputusan 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad lalu, namun prestasi yang ditampilkan oleh salah seorang penyerang Warga Kota itu mendapat kritikan daripada penyokong setia bola sepak pasukan tersebut.

WhatsApp Image 2023-06-04 at 16.09.05

Youssef bakal menggantikan tonggak utama KL City FC.Instagram/ 9yossef

Walaupun muncul 12 kali dalam perlawanan Liga Super dan dua kali saingan Piala FA namun prestasi yang ditampilkan oleh Herlison Caion tidak menunjukkan sebarang perubahan khususnya dari segi jaringan gol.

Prestasi kurang cemerlang yang ditampilkan oleh pemain kelahiran Brazil itu nampaknya menemukan jalan penyelesaian apabila terdapat khabar angin mengatakan bahawa dia akan berhijrah pada jendela perpindahan Julai nanti.

Ini kerana, penampilan pemain berusia 32 tahun itu dilihat semakin tumpul sebagai penyudah iaitu hanya merekodkan satu gol dalam 14 penampilan tersebut.

Tidak dinafikan, skuad KL City FC mempunyai barisan pemain yang serba lengakp musim ini dengan campuran antara pemain import dan tempatan yang membantu barisan pertahanan mahupun jentera serangan.

Oleh itu, desas desus mengatakan bahawa Caion bakal digantikan dengan pemain kelahiran Sepanyol, Youssef Ezzejjari yang memiliki ketajaman sebagai penyudah.

Youssef Ezzejjari kini berstatus sebagai ejen bebas dan pastinya satu peluang agar pihak pengurusan Kl City FC memulakan langkah dengan kadar segera untuk mendapatkan khidmatnya.

Ini kerana, pemain berusia 30 tahun itu merekodkan lima jaringan dan satu hantaran bantuan dalam semua saingan Liga Thailand dengan 19 penampilan bersama bekas pasukannya, Khon Kaen United.

Pastinya pemain berketinggian 1.85 meter itu mampu membantu The City Boys untuk berada dalam Top 5 Liga Super 2023.

Pasukan Kuala Lumpur City FC kini menduduki tempat ketujuh dengan mengutip 19 mata dalam 12 perlawanan Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram