BEKAS pemain sayap kebangsaan, Nazrin Nawi merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil dan kemudian bermain untuk UPB-MyTeam, KL Plus dan Kuala Lumpur serta mencipta nama apabila bermain bersama pasukan Negeri Sembilan FC.
Pemain sayap BRM FC, Nazrin Nawi. — Instagram/ nazrinnawi
Selain itu, pemain berusia 35 tahun itu pernah diintai kelab gergasi timur iaitu Kelantan FA pada tahun 2013 tetapi enggan kerana ingin mencipta nama bersama Johor Darul Takzim (JDT) ketika itu.
Nazrin pernah membuat kejutan dengan menyertai JDT. Penampilan pertama bersama pasukan JDT amat membanggakan kerana dia menjadi salah seorang tunjang kemenangan kepada pasukan yang menyinar di peringkat antarabangsa dengan kemenangan Piala AFC.
Namun begitu, baru-baru ini, pemain kelahiran Kelantan yang telah lama hilang dalam kancah bola sepak muncul dengan kenyataan yang pastinya menimbulkan tanda tanya para penyokong bola sepak.
Tangkap layar hantaran di Instagram peribadinya. — Instagram/ nazrinnawi
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, dia mengatakan bahawa terdapat empat kelab yang pernah mendapatkan khidmatnya, namun tidak membayar gajinya.
Ini kerana, isu gaji yang menjadi bualan hangat di media sosial rupanya turut terjadi pada dirinya.
Antara kelab yang disebut olehnya adalah Kelantan FC, Respect FC, Hari Ini FT dan BRM FC.
Nazrin mendedahkan bahawa Kelantan FC tidak membayar gajinya selama satu bulan pada 2020 dan 2021 yang tidak dinyatakan tempoh ketika masih bermain dua musim bersama pasukan itu.
Selain itu, ketika beraksi bersama Respect FC untuk satu musim, kelab itu turut tidak membayar gaji selama tiga bulan perkhidmatannya.
Tambahan pula, kelab Harini FT pula tidak membayar gajinya selama setengah bulan dan pasukan terbaharunya turut tersenarai iaitu BRM FC namun tidak mendedahkan tempoh tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram