Lagi pemain mahu angkat kaki dari TRW, Kedah dijangka jadi destinasi


  • Podium
  • Ahad, 04 Jun 2023

Sang Kenari meraikan kemenangan berharga selepas menewaskan Sang Badak 2-1 di laman sendiri. — Facebook/KDA FC

MASALAH dalaman yang dihadapi oleh pasukan Kelantan FC terus menjadi bualan hangat para penyokong bola sepak tanah air apabila belum menemui jalan penyelesaian yang baik bagi pihak yang terlibat.

Bukan itu sahaja, Kelantan FC turut menahan malu apabila ditewaskan 1-4 dalam saingan Liga Super 2023 oleh pasukan derbi iaitu Kelantan United FC di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan pada Jumaat.

Kekalahan yang sering menimpa The Red Warriors (TRW) itu nampaknya memberi kesan kepada beberapa pemain yang berani mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut.

WhatsApp Image 2023-06-04 at 19.49.07

Penyerang sayap Kelantan FC, Fazrul Amir Zaman. — Instagram/ fazrulamir_

Oleh itu, desas desus mengatakan bahawa pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal menerima khidmat pemain kelahiran Kelantan, Fazrul Amir Zaman untuk memperkukuhkan lagi skuad tersebut.

Ini kerana, Fazrul Amir memiliki kebolehan untuk membantu benteng pertahanan mahupun jentera serangan sesebuah pasukan.

Tambahan pula, kehadiran pemain muda itu dikatakan sebagai back-up pemain sayap Sang Kenari, Fayadh Zulkifli yang turut menampilkan prestasi cemerlang bersama skuad tersebut.

Penyerang sayap TRW itu merekodkan dua gol dan satu hantaran bantuan dalam 12 perlawanan saingan Liga Super.

Walaupun corak permainan dan taktikal yang digunakan oleh pengendali KDA FC, Nafuzi Zain berjaya apabila menewaskan Sabah FC 2-1 di laman sendiri, namun dengan kehadiran pemain muda itu pastinya bakal memberikan kejutan kepada pihak lawan.

Untuk rekod, Fazrul memulakan karier remajanya di PKNS FC dan berhijrah ke Kelantan United pada musim 2020 sebelum menyertai Kelantan FC pada jendela perpindahan yang lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram