Piala FA: Impian Selangor bertemu Penang di separuh akhir musnah berkecai, sebaliknya jumpa JDT


  • Podium
  • Ahad, 28 Mei 2023

Pemain Harimau Selatan meraikan kemenangan selepas membenam Penang FC 5-0 dalam suku akhir Piala FA di SSI pada Ahad. — Facebook/ JOHOR Southern Tigers

PASUKAN Gergasi Malaysia, Johor Darul Takzim (JDT) menang bergaya apabila mudah menewaskan Penang FC dengan keputusan 5-0 di Stadium Sultan Ismail, Iskandar Puteri, Johor pada Ahad.

Walaupun pengendali Harimau Selatan, Esteban Solari merehatkan pemain utama namun barisan pemain yang dibawa masuk tetap berjaya membenam Harimau Kumbang.

Kedua-dua pasukan memulakan babak pertama dengan corak permainan yang pasif, namun, penguasaan bola dikawal sepenuhnya oleh pasukan JDT yang melakukan serangan demi serangan untuk merobek gawang Penang FC namun tidak berhasil.

WhatsApp Image 2023-05-28 at 22.46.14

Sekitar aksi menarik perlawanan antara JDT dan Penang FC.— Facebook/ JOHOR Southern Tigers

Pelbagai corak serangan dilakukan seperti lorongan dari tepi dan sepakan dari luar kotak penalti namun tidak berhasil.

Pemain tengah JDT, Juan Muniz mencuba nasib dengan melakukan tiga sepakan luar kotak penalti namun tidak berjaya nmenyentuh jaring Penang FC.

Kebuntuan JDT berakhir selepas umpanan Corbin Ong dari sebelah kiri berjaya ditanduk oleh Forestori namun terkena palang tetapi berjaya disudahkan oleh Diogo Luis Santo.

Gol pertama tersebut membuatkan JDT lebih bersemangat dan terus melakukan serangan.

Pada babak kedua, pasukan Harimau Selatan lebih garang dan berhasil mengakhiri perlawanan dengan gol kemenangan daripada Syafik Ahmad. Corak permainan yg kemas membuatkan pasukan Harimau Kumbang tidak dapat menghukum Harimau Selatan.

Jaringan terakhir JDT disempurnakan oleh pemain gantian iaitu Syafiq Ahmad hasil daripada lorongan kemas Juan Muniz.

Rata-rata penyokong Selangor FC tidak berpuas hati dengan kemenangan tersebut kerana mengharapkan agar Gergasi Merah berjumpa dengan Harimau Kumbang di separuh akhir Piala FA.

"Mengharapkan semi final lawan Penang kah itu," kata Pak Leman & Mak Tijah.

"Habislah king of Selangor, memang kena sodok, JDT laluan mudah ke final," kata Rafiey Lazim.

"Ada yang mengharapkan semi dengan Penang kah, just tanya," kata Luqman Hakim Hisham.

Dalam pertembungan di separuh akhir Piala FA, JDT bakal menentang Selangor FC yang boleh dikatakan sebagai perlawanan sengit sementara dua lagi kelab iaitu Terengganu FC dan KL City FC juga melengkapkan senarai semifinalis edisi kali ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram