KETUA jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalanraya, menurut satu perkongsian daripada kelab berkenaan.
Pengumuman tersebut dikongsikan pada Rabu dengan status pengendali berusia 71 tahun tersebut masih belum diketahui setakat ini.
Irfan Bakti terlibat dalam kemalangan jalanraya baru-baru ini. — Facebook/Kuching City FC
"Untuk makluman, Coach Irfan Bakti telah mengalami kecederaan akibat kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan pulang dari masjid.
"Beliau telah selamat menjalani pembedahan hari ini (Rabu) dan berada dalam keadaan baik. Sama-sama kita doakan kesembuhan buat Coach Irfan Bakti agar pulih segera. Syafakallah," katanya.
Ketika ini, bekas jurulatih Selangor FC dan Terengganu FA itu sedang berada dalam tahun-tahun terakhirnya dalam bidang kejurulatihan.
Beliau sebelum ini pernah mengumumkan bahawa dia cuba untuk menamatkan kariernya seawal mungkin memandangkan skuad The Cats berada di tangga ke-12 Liga Super selepas 12 perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram