'Kuching City berani', fans JDT pilih aksi Harimau Selatan paling best selepas 12 perlawanan


  • Podium
  • Khamis, 25 Mei 2023

Kesebelasan utama Kuching City FC ketika berdepan JDT. — Facebook/JDT

JOHOR Darul Takzim (JDT) terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu Liga Super 2023 selepas meleburkan rekod tanpa kalah Sri Pahang FC dengan keputusan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah, Johor.

Selepas 12 perlawanan JDT merekodkan 12 kemenangan 49 jaringan dan hanya satu bolos menerusi sepakan penalti ketika berdepan Kelantan FC.

JDT berjaya menjarakkan kedudukan dengan pasukan di tempat kedua, Selangor FC apabila berbeza lapan mata dengan menggutip 36 mata.

Terdapat tiga pasukan yang dibolosi lebih empat gol ketika bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim iaitu Kelantan FC (5 gol), Kedah Darul Aman FC dan Kelantan United (6 gol).

Manakala Selangor FC, Kuching City FC, Perak FC, Negeri Sembilan FC antara pasukan yang dibelasah JDT di gelanggang sendiri.

Namun apa yang lebih menarik ialah selepas 12 perlawanan, penyokong JDT memilih Kuching City sebagai lawan yang paling berani meskipun skuad Harimau Selatan menang dengan selesa di Stadium Negeri Sarawak, Kuching, Sarawak pada 19 Mei 2023.

Arif Aiman Hanapi

Arif Aiman ketika bertemu Sri Pahang FC pada Rabu. Facebook/JDT

Rata-rata penyokong menyatakan walaupun Kuching City merupakan pasukan kerdil, tetapi mereka lebih berani bermain 'open game' berbanding kelab gergasi.

"Dah Liga Super ke-12, antara banyak-banyak kelab yang dah lawan JDT saya tetap pilih Kuching City.

"Mereka 'open game' banyak percubaan, mereka main macam biasa tak ada takut-takut berbanding dengan kelab lain banyak main parking bas terus 'game' jadi bosan," kata Hampir Ketawa.

"Pasukan yang melawan ketika dengan JDT, 'next game' dia cukup cantik 'passing' dan tersusun tak perlu modal untuk pergi training dekat luar negara," ujar Norrabiah Hj Ismail.

"Kuching City tetap yang terbaik walaupun tewas, pemain mereka tetap bersemangat dan ada kesungguhan untuk memberi saingan buat pasukkn JDT," luah Hrv Miky. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram