Destinasi Nor Hakim akhirnya diketahui, tanah kelahiran jadi pilihan hati


  • Podium
  • Rabu, 31 Mei 2023

Nor Hakim (kiri, bawah) pernah beraksi bersama T-Team sebelum berkelana ke Perak FA.

PEMAIN sayap negara, Nor Hakim Hassan akhirnya mengesahkan destinasi untuk menyambung kariernya selepas Terengganu FC mengumumkan mereka sudah menandatanganinya.

Perkara tersebut diumumkan menerusi satu hantaran di Facebook kelab Pantai Timur berkenaan beberapa hari selepas dia meninggalkan Selangor FC.

"Welcome Nor Hakim Hassan," tulis Terengganu FC sambil menyertakan tanda pagar #69, sekali gus memberi gambaran mengenai nombor yang akan dipakai pemain itu.

WhatsApp Image 2023-05-31 at 16.55.13

Tangkap layar video pengumuman kepulangan Nor Hakim ke Terengganu. Facebook/Terengganu FC

Pemain sayap itu sebelum ini mengambil keputusan meninggalkan skuad Gergasi Merah selepas kurang diberikan minit permainan musim ini.

Perpindahan tersebut menyaksikan Nor Hakim sekali lagi berkhidmat buat negeri kelahirannya itu apabila pernah bermain untuk T-Team sebelum berhijrah ke Perak FA. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram