Bintang PSG hanya mahu sertai Manchester United andai tinggalkan Perancis


  • Podium
  • Rabu, 31 Mei 2023

Neymar (tengah) gagal memberikan impak seperti mana diharapkan kelab Perancis tersebut. — Agensi

MEMASUKI jendela perpindahan musim panas di Eropah, beberapa kelab mula berusaha bersungguh-sungguh untuk menguatkan skuad masing-masing.

Antara yang dijangka melakukan pelaburan besar-besaran ialah Manchester United yang sudah mengesahkan tempat mereka dalam saingan Liga Juara-juara UEFA (UCL).

Pengurus kelab, Erik ten Hag sebelum ini kerap menyatakan bahawa skuad The Red Devils perlu mengukuhkan lagi pasukan, lebih-lebih lagi di barisan serangan.

Jadi, tidak hairanlah apabila khabar angin mula mengatakan mereka berminat untuk mendapatkan penyerang sayap Paris Saint-Germain (PSG), Neymar.

Kapten skuad antarabangsa Brazil itu difahamkan mempunyai kontrak bersama gergasi Perancis berkenaan sehingga Jun 2025 sejak menyertai mereka lima tahun lalu.

Berdasarkan laporan Sky Sports, Neymar difahamkan enggan meninggalkan PSG sekiranya Manchester United tidak memberikan sebarang tawaran.

WhatsApp Image 2023-05-31 at 14.41.13 (1)

Neymar difahamkan terikat dengan PSG sehingga Jun 2025. — Agensi

Musim ini, pemain berstatus global berkenaan menjadi watak utama buat kelab berkenaan selepas menjaringkan 13 gol dan merekodkan 11 bantuan jaringan dalam hanya 20 penampilan Ligue 1.

Namun, sumbangannya di peringkat Eropah kerap menerima kritikan, lebih-lebih lagi memandangkan dia gagal mencipta perbezaan buat kelab itu.

Bagi Manchester United pula, mereka memerlukan seorang yang mempunyai deria pembunuh di hadapan pintu gol untuk digandingkan di samping Marcus Rashford.

Neymar sebelum ini memecahkan rekod dunia sebagai pemain termahal pada 2017 apabila berhijrah ke PSG dari Barcelona dengan yuran perpindahan €222 juta (RM1.12 bilion)

Sejak kehadirannya ke PSG, dia sudah menjaringkan 118 gol dalam 173 perlawanan dengan beberapa kejuaraan diraih, termasuk empat takhta Ligue 1. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram