"ANOTHER level trio JDT ini."
Itulah salah satu pujian yang diberikan oleh penyokong bola sepak tempatan apabila trio serangan Johor Darul Takzim (JDT) mengatasi jaringan gol pemain-pemain bintang kelab seperti Paris Saint-Germain F.C (PSG), Manchester City, Real Madrid, Flamengo dan banyak lagi.
Menurut laman sesawang Transfermarkt, trio JDT iaitu Bergson da Silva, Fernando Forestieri dan Arif Aiman menduduki tempat pertama dengan 79 gol.
Mereka berjaya menewaskan pemain-pemain Manchester City yang berada di kedudukan kedua iaitu Erling Haaland, Julian Alvarez dan Phil Foden dengan 72 gol.
Dalam 79 gol yang dicipta oleh tiga bintang JDT itu Bergson menyumbangkan 46 gol manakala Forestieri 25 gol dan Arif Aiman lapan jaringan gol.
Apa yang lebih mengejutkan gandingan paling mahal dalam dunia bola sepak tewas dengan trio JDT yang mana mereka berada di kedudukan kelima dalam senarai trio terbaik dunia.
Gandingan bintang tersebut ialah Kylian Mbappe, Lionel Messi dan Neymar yang hanya mencetak 68 gol sepanjang musim 2022/2023.
Tangkap layar senarai jaringan gol trio terbaik di dunia.
Senarai trio terbaik dunia itu semestinya mencuri tumpuan penyokong bola sepak tempatan apabila ramai memberikan pelbagai reaksi berkenaan kejayaan pemain-pemain JDT itu.
"Pencapaian yang baik, setiap pasukan dalam setiap liga masing-masing hebat, tetapi trio serangan dalam sebuah pasukan itu dah ada mindset untuk jadi yang terbaik dan ini hasilnya," kata Ejud Fara.
"Betapa tak seimbangnya Liga Super, boleh dah JDT apply main dekat liga luar," ujar Firdaus Saleh.
"Kalau ikut prestasi sekarang, memamg JDT dah level kelab-kelab eropah," jelas Mon Jovi.
"JDT yang power atau liga kita dah lemau?" soal Muhd Ezry.
Ketika ini JDT mendahului liga dengan 24 mata tanpa sebarang kekalahan dan menang kesemua lapan perlawanan terakhir dengan merekodkan hanya satu bolos. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram