Piala FA: Gergasi Merah sedia benam skuad Jang di Paroi


  • Podium
  • Sabtu, 27 Mei 2023

Sekitar sesi latihan pemain Selangor FC untuk menghadapi saingan Piala FA pada Sabtu. — Facebook/Selangor Fc

PENGENDALI Selangor FC, Tan Cheng Hoe akan menghampiri pertembungan suku akhir Piala FA pasukannya menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) yang diketuai oleh K. Devan pada Sabtu.

Bekas jurulatih kebangsaan itu memuji Devan kerana membimbing skuad Jang dalam mempamerkan persembahan yang mengagumkan musim ini walaupun mempunyai sedikit pemain import.

Meskipun berada dalam prestasi terbaik ketika ini, Cheng Hoe mahu anak-anak buahnya sentiasa berwaspada terutama dalam ancaman bola tinggi yang boleh dihadirkan oleh penyerang tinggi lampai, Anselmo Arruda atau dikenali sebagai Casagrande.

Hal ini kerana, NSFC mempunyai barisan pemain yang menunjukkan prestasi cemerlang antaranya pertahanan tengah, Safuwan Baharuddin, penyerang berbisa import, Casagrande dan Levy Madinda sebagai arkitek The Jangs.

"Pasukan NSFC mempunyai banyak strategi untuk setiap perlawanan yang berbeza dan ini akan menjadi semakin rumit. Devan mempunyai pengalaman dalam membimbing anak buah kendaliannya untuk membuat keputusan.

"Dalam perlawanan liga baru-baru ini, skuad kami memerlukan gol pada minit-minit terakhir untuk menewaskan mereka 2-1.

"Mereka memang tidak mempunyai ramai pemain import tetapi Devan mempunyai taktikal yang betul untuk menundukkan pihak lawan," kata Cheng Hoe.

Cheng Hoe juga mengingatkan anak buahnya agar berjaga-jaga dengan pasukan The Jangs kerana Shahrel Fikri Md Fauzi pernah bermain bersama Gergasi Merah selama dua musim iaitu dari 2021 hingga 2022.

"Eky (Shahrel Fikri Md Fauzi) menjaringkan gol manakalan Sikh Izhan bermain dengan baik sebagai penjaga gol. Bahagian pertahanan mereka juga teratur dan ini mungkin perlawanan yang sengit.

"Salah satu kekuatan NSFC ialah set-piece mereka, sepakan percuma atau sudut, mereka akan menggunakan peluang itu sebaik mungkin," katanya.

The Red Giants turut mempunyai seorang pemain berbakat iaitu Ayron Del Valle yang menjaringkan 10 gol dalam 12 perlawanan Liga Super 2023. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram