Lagi pemain tinggalkan TRW, bekas penjaga gol Harimau Muda A mahu cari makan di Lembah Klang


  • Podium
  • Sabtu, 27 Mei 2023

Penjaga gol berbakat, Farhan Bakar mencuba nasib sertai pasukan Lembah Klang. — Instagram / frhnbkr

KEKALAHAN demi kekalahan yang diterima oleh pasukan Kelantan FC memberikan kesan kepada barisan pemain pasukan itu sendiri.

Hal ini kerana, masalah dalaman yang semakin kritikal menjadi punca utama beberapa pemain mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut.

Farhan Abu Bakar merupakan salah seorang pemain yang nekad untuk meninggalkan kelab The Red Warriors (TRW). Dia yang bermain di posisi penjaga gol kini sah meniggalkan TRW.

WhatsApp Image 2023-05-27 at 17.48.58

Tangkap layar hantaran daripada Instagram milik Farhan. — Instagram / frhnbkr

Pemain kelahiran Kedah itu memulakan langkah awal untuk meninggalkan pasukan TRW dengan membuat satu hantaran di Instagram peribadinya yang menyatakan dia kini mencari kelab baharu untuk meneruskan kariernya.

Kekurangan masa bermain adalah salah satu faktor utama Farhan nekad untuk meninggalkan Kelantan FC. Dia hanya beraksi sekali dalam saingan Liga Super musim ini.

Prestasi yang kurang cemerlang ketika menentang Sabah FC merupakan titik permulaan Farhan tidak lagi mendapat kepercayaan daripada Frank Bernhardt selaku ketua jurulatih Kelantan FC.

Pemain yang berusia 30 tahun itu memulakan karier pada 2012 di Harimau Muda B kendalian Razip Yusuf ketika itu sebelum menyertai Harimau Muda A di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee pada 2015.

Selepas semusim, dia kemudian kembali ke Harimau Muda B pada 2016 sebelum menyertai Kedah FA musim berikutnya.

Selain Kedah, Farhan pernah bersama PJ Rangers, Selangor II, Sarawak United dan KL Rovers sebelum ke TRW.

WhatsApp Image 2023-05-27 at 17.31.51

Farhan ingin mencari kelab yang terletak di Lembah Klang. — Instagram / frhnbkr

Dalam aksi menentang Sabah FC, pemain yang berketinggian 1.81 meter itu berkunjung ke Stadium Likas bersama The Red Warrior dibenam tuan rumah dengan kekalahan besar iaitu enam gol berbalas satu.

Kebolosan enam gol dalam satu perlawanan jelas bahawa barisan pertahanan Kelantan FC mempunyai masalah. Namun, Farhan yang menanggung akibatnya apabila dia tidak lagi diberi minit bermain selepas kekalahan yang memalukan itu.

Kini pemain asal Kedah itu tidak lagi menyarungkan jersi merah putih dan dia sedang dalam misi mencari pasukan baharu untuk mengubah karier bola sepaknya.

Keputusan tersebut adalah satu cara untuk membuktikan yang prestasi Kelantan merundum bukanlah disebabkan kesilapan olehnya.

Oleh itu, Farhan menginginkan menabur bakti kepada pasukan-pasukan yang berada di Lembah Klang khususnya Selangor FC dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC).— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram