Gergasi Merah bakal menerima khidmat penyerang muda HM


  • Podium
  • Sabtu, 27 Mei 2023

Barisan pemain KL City FC ketika menentang PDRM FC di Stadium Cheras. — Instagram/klcityfootball

PENYERANG muda Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Muhammad Haqimi Azim Rosli dikhabarkan bakal berhijrah untuk menyertai pasukan Selangor FC pada jendela perpindahan nanti.

Kelebihan yang dimiliki oleh penyerang muda itu memberikan peluang kepada skuad Gergasi Merah untuk terus melakar kejayaan dalam bola sepak tanah air.

Hal ini kerana, pemain kebangsaan itu pernah menyumbangkan satu gol di pentas antarabangsa ketika membantu skuad negara membelasah Laos 5-0 tahun lepas.

WhatsApp Image 2023-05-27 at 13.40.52 (1)

Penyerang sensasi KL City FC, Haqimi Azim. — Instagram/ qimirosli

Haqimi juga merekodkan dua jaringan iaitu dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia ketika membantu KL City FC dan muncul sebanyak 15 penampilan pada musim lalu.

Selain itu, pemain yang berusia 20 tahun itu pernah mencetak satu gol dan memberi bantuan jaringan ketika beraksi bersama skuad B-22 tahun negara menentang Singapura dalam saingan Sukan SEA 2023.

Khabar angin mengenai perpindahan pemain kelahiran Gombak ke Gergasi Merah itu menjadi bualan hangat di laman sosial.

Rata-rata penyokong setia The City Boys memberi pendapat agar penyerang muda itu kekal bersama pasukan KL City FC agar terus mendapatkan minit permainan.

"Penyerang muda yang ada harapan cerah, Hakimi kena stay dalam pasukan yang boleh turunkan dia secara kerap, contoh KL, Penang, Kelantan, Negeri Sembilan. Rugi minit dan pengalaman, moga karier terus berkembang," kata Satu Dia.

"Sizing ada sebagai striker, aset jangka panjang untuk skuad Harimau Malaya. Tapi takut kalau masuk Selangor jadi winger saja sebab memang sudah budaya Liga Malaysia ini letak import sebagai penyerang utama. Kalau nak cabar boleh cuba Perak squad depth muda-muda," kata Muhammad Tarreq Ziad.

"Better stay KL City FC, tempat lebih terjamin," kata Khairul Faizi Bin Omar.

Kelincahan penyerang sensasi skuad Bawah 22 (B-22) negara sudah pasti memberikan kelebihan kepada kelab yang memerlukan barisan jentera serangan sebagai penyudah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram