KEGAGALAN menguasai permainan terutama pada babak pertama menjadi punca utama Kelantan United FC gagal meraih mata penuh ketika bertemu Kuala Lumpur City (KL City FC) apabila mencatat keputusan 1-3 dalam saingan Liga Super di laman sendiri pada Sabtu.
Anak buah kendalian Bojan Hojak dilihat garang dalam mencari mata jaringan di laman tuan rumah.
Walaupun Kelantan United FC melakukan serangan demi serangan namun barisan pemain benteng pertahanan KL City FC tidak membenarkan jentera serangan Kijang Hijau itu meledak sebarang gol.
The City Boys raih kemenangan di tempat lawan. — Facebook/ Malaysian Football League
Benteng pertahanan Sang Kijang Hijau terpaksa berputih mata apabila pemain muda negara T. Saravanan menjaringkan gol pada minit ke-17 membantu KL City berada di hadapan Kelantan United.
Tidak lama selepas itu, keadaan benteng pertahanan Kelantan United FC yang kurang kemas menyebabkan jaringan cantik kaki kiri Sean Giannelli pada minit ke-23 meletakkan The City Boy di hadapan tuan rumah.
Asakan demi asakan dilakukan oleh The City Boys menyebabkan benteng pertahanan tuan rumah memberi ruang kepada pelawat untuk mencetak gol.
Penyerang kelahiran Brazil, Devid De Santana Silva menyempurnakan sepakan penalti minit ke-34 menewaskan penjaga gol KL City FC.
Namun begitu, drama penalti di saat-saat akhir memberi peluang kepada KL City FC untuk mencetak gol kemenangan yang disempurnakan oleh Paulo Josue pada masa tambahan, di minit ke-95.
Drama penalti terus berlaku apabila terdapat sedikit kekasaran terhadap pemain Kelantan United yang menyebabkan pengadil bertugas memberikan sepakan penalti kepada Kijang Hijau namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol The City Boys.
KL City FC bakal menerima kunjungan daripada Kuching City untuk perlawanan ke-12 dalam saingan Liga Super 2023 pada 24 Mei di Stadium Cheras, Kuala Lumpur. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram