KAPTEN Sri Pahang FC, Sergio Aguero dikhabarkan berpeluang melebarkan sayap untuk meluaskan pengalaman dalam dunia bola sepak berikutan desas desus mengenai perpindahannya ke salah satu kelab di Indonesia.
Selepas menerima status naturalisasi September lalu, pemain tengah, Aguero semakin dikenali dan disanjung penyokong bola sepak tanah air.
Kehadirannya bersama skuad kebangsaan ketika kempen Piala AFF 2022 cukup membanggakan dengan dia membantu Harimau Malaya mara ke peringkat separuh akhir.
Kelincahan Aguero semakin dikenali dan disanjung penyokong bola sepak tanah air.
Kebolehannya juga sekali lagi terserlah ketika bersama Sri Pahang FC musim ini dengan skuad kendalian Fandi Ahmad mula beraksi di tahap terbaik.
Selain masih belum mencatatkan kekalahan selepas 10 aksi Liga Super, 15 mata yang dikumpul setakat ini turut meletakkan skuad Tok Gajah di kedudukan ketiga.
Pemain berusia 28 tahun itu dikhabarkan bakal memilih antara kelab Persija Jakarta, Persib Bandung atau Persikabo.
Selain itu, pemain kelahiran Argentina itu juga pernah mencetak satu gol dan hantaran bantuan dalam lima penampilan Liga Super 2023.
Namun begitu, ketiadaan pemain tengah itu dalam skuad Sri Pahang memberi laluan kepada bekas pemain Ratchaburi, Safawi Rasid yang mana akan mengemudi tugas sebagai seorang kapten.
Oleh itu, perpindahan kapten Tok Gajah itu sedikit memberi sinar kepada peminat bola sepak tanah air mengenai kelab yang bakal membawa masuk pemain sayap itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram