Penuhi kriteria minit permainan, aksi lasak jadikan import Serbia sesuai gantikan Manual Ott


  • Podium
  • Jumaat, 19 Mei 2023

Pemain yang sering mencuri tumpuan penyokong Hijau Kuning ketika beraksi di atas padang.

PASUKAN Kedah Darul Aman (KDA FC) enggan memberikan laluan mudah kepada pihak lawan dalam perlawanan seterusnya memandangkan mereka juga memerlukan kemenangan untuk melonjak kedudukan liga ke tangga keempat.

Berdasarkan kedudukan terkini, KDA FC berada di tangga kelima dengan mengutip 19 mata selepas mencatat enam kemenangan dalam 10 perlawanan berlangsung.

Pengendali KDA FC, Nafuzi Zain perlu memastikan agar corak permainan yang dipamerkan oleh barisan pemain pertahanan diperkukuhkan dan mempertajamkan jentera serangan pada perlawanan hari ini.

bojan ciger

Pemain yang lasak beraksi dalam semua perlawanan bersama Sang Kenari.

Ramai penyokong Sang Kenari memilih pertahanan kelahiran Serbia, Bojan Ciger sebagai calon terbaik sebagai kapten KDA FC apabila melihat kepada kehadiran dan kredibilitinya.

Hal ini kerana, mengikut rekod sepanjang berada dalam barisan pemain KDA FC, Bojan belum dilayangkan kad kuning sepanjang 10 perlawanan Liga Super.

Oleh itu, ramai peyokong Hijau Kuning memberikan pendapat agar kapten KDA FC sedia ada digantikan dengan Bojan untuk aksi perlawanan seterusnya.

"Ciri-ciri captain sudah ada dekat dia, tenang kawal bola sana sini, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi. Tanker Kedah! Import paling bagus musim ini dalam team kedah. Semoga terus konsisten Bojan Ciger bersama Kedah Darul Aman," kata Mohd Hafizan.

"Bojan Ciger (Mat Jan) bukan sekadar lasak tetapi mentality dia yang paling terbaik, sentiasa kekal tenang dalam setiap perlawanan malah sering membakar semangat rakan seperjuangan ketika tertekan. Mat Jan layak untuk diangkat sebagai kapten untuk Sang Kenari," kata Nur Alisha Inara.

"Beraksi dengan cukup tenang di atas padang, aksi lasak menjadi penghalang buat pemain lawan dan sentiasa bagi komitmen. Terbaik pada KDA FC, itulah Bojan Ciger, diharap terus konsisten dan fokus setiap game dengan semangat tinggi," kata Zamri B Ali Zamri.

Pemain import KDA FC, Bojan Ciger merupakan seorang yang lasak ketika beraksi dalam semua perlawanan Sang Kenari apabila bermain selama 900 minit sepanjang 10 perlawanan.

Selain itu, dia juga pernah mencetak satu gol ketika menentang Kuala Lumpur City FC (KL CITY FC) pada 18 April di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.

Pemain berketinggian 1.86 meter itu turut bertanggungjawab dalam memperkukuhkan barisan pertahanan dan pastinya aksi persembahan yang dipamerkan oleh pemain kelahiran Serbia itu.

Pemain berusia 28 tahun itu pernah mencipta karier di Eropah dan Uzbekistan sebelum menyertai Kedah pada awal Januari ini.

KDA FC bakal menerima kunjungan daripada Kelantan FC untuk perlawanan ke-11 Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman, Kedah pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram