Permata baharu Kedah curi tumpuan fans, jadi kunci buat TRW terus terduduk


  • Podium
  • Sabtu, 20 Mei 2023

Sang Kenari benam TRW 5-0 dalam aksi perlawanan ke-11 Liga Super 2023. — Instagram/ kedahdarulamanfc

PASUKAN Kedah Darul Aman FC (KDA FC) merekod tiga mata penuh di laman sendiri apabila berjaya membenam skuad Kelantan FC 5-0 di Stadium Darul Aman, Kedah pada Jumaat.

Aksi perlawanan Liga Super 2023 yang ke-11 itu menyaksikan pertembungan cukup menarik antara dua pasukan di mana Kelantan FC hanya perlu berpuas hati dengan persembahan benteng pertahanan yang kurang cemerlang.

amirul

Amirul Hisyam merupakan permata baharu buat Sang Kenari.

Namun begitu, terdapat salah seorang peminat setia Hijau Kuning memberikan pandangan mengenai corak permainan yang ditampilkan oleh anak buah kendalian Nafuzi Zain itu.

Ini kerana, penyokong itu berpendapat pemain tengah Sang Kenari, Amirul Hisyam Awang Kechik perlu diberi pujian kerana bertanggungjawab dalam menggerakkan seluruh pasukan itu.

Manuel Ott selaku kapten Sang Kenari sememangnya bertugas dalam melancarkan serangan namun kelibat pemain muda ini turut mencuri tumpuan para penyokong Hijau Kuning yang mana kerap mencari peluang untuk mengucar-ngacirkan barisan pemain The Red Warriors (TRW) agar memberi peluang kepada rakan sepasukannya mencetak jaringan.

Walaupun muncul hanya dua kali dalam Liga Super, namun pemain berketinggian 1.72 meter itu mengetahui tugasnya dalam membantu Sang Kenari untuk membolosi gawang pasukan pelawat.

"Amirul Hisyam ini dia tawarkan stability dekat centre area iaitu kerja dia adalah menang bola (ball winner), jadi kerja buat ball winner ini selalunya tak didendang dan selalu dipersalahkan.

"Kalau kita puji Amirul Hisyam ini kiranya macam unpopular opinion lah tapi itulah sudah bagus jadi kena puji lah.

"Game lawan Kelantan ini sebenarnya dia yang banyak beri kebebasan untuk Amirbek dan Manuel Ott bergerak," kata penyokong Hijau Kuning Bvrd Ortega.

Walaupun menang besar ke atas The Red Warriors (TRW) namun KDA FC perlu memberi fokus kepada perlawanan seterusnya yang dikatakan sengit kerana bakal menentang pencabar utama Liga Super, Selangor FC pada 24 Mei depan.

Oleh itu, pengendali KDA FC perlu menggunakan strategi dan taktikal yang betul agar dapat membenam skuad Gergasi Merah di tempat lawan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram