PEMAIN sayap Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid menjadi bualan hangat di laman media sosial yang sering dikaitkan dengan perpindahan ke kelab-kelab ternama di Malaysia.
Safawi dikatakan menjadi rebutan kelab pencabar utama di Malaysia yang menginginkan khidmat pemain berpengalaman itu.
Antara kelab yang terlibat dalam desas-desus tersebut adalah Kelantan FC, Persib Bandung dan Terengganu FC (TFC).
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC, Ab Rasid Jusoh.
Malahan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC, Ab Rasid Jusoh sendiri dikatakan mahukan khidmat pemain berusia 26 tahun itu untuk membantu jentera serangan dalam mematahkan benteng pertahanan pihak lawan.
Rasid berharap pemilik JDT yang juga pencabar utama Liga Super dapat memberi persetujuan meminjam Safawi kepada pasukan Sang Penyu agar anak kelahiran Dungun itu dapat mencetak lebih banyak jaringan.
"Setakat ini tiada perkembangan terbaharu mengenai pertimbangan Safawi bakal ke Terengganu," katanya kepada Majoriti.
Selain itu, Rasid turut memaklumkan bahawa pihak pengurusan TFC ada menghubungi JDT untuk membincangkan perkara tersebut dengan lebih lanjut.
"Pihak kami sudah pasti ada menghubungi JDT berkenaan perkara tersebut," jelasnya.
Oleh itu, ramai penyokong menginginkan agar suami kepada personaliti, Syifa Melvin itu dapat menabur bakti bersama negeri kelahirannya.
Hal ini kerana, kualiti yang dimiliki Safawi, baik dari segi hantaran mahupun skil gelecek pastinya merupakan satu daya tarikan dan pemilihannya adalah yang terbaik buat skuad Sang Penyu.
Terdahulu, khabar angin yang diterima oleh peminat bola sepak tanah air mahupun luar negara mengenai pemain skuad kebangsaan itu bakal meninggalkan Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC berikutan prestasi yang dipamerkan oleh pemain berusia 26 tahun itu kurang cemerlang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram