Lima kemenangan di Likas jadi pemangkin, fans harap rekod kekal hingga akhir musim


  • Podium
  • Rabu, 17 Mei 2023

Sekitar aksi sesi latihan Sabah FC untuk persediaan menghadapi Terengganu FC pada 19 Mei depan.— Instagram/ officialsabahfc

PASUKAN Sabah FC dilihat berada di landasan yang betul di peringkat awal Liga Super musim ini apabila berjaya mencatatkan empat kemenangan di halaman sendiri.

Pada awal musim, barisan jentera serangan The Rhinos garang dalam mencari mata kemenangan untuk berada dalam kedudukan teratas Liga Super 2023.

Anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee (DOKS) mempamerkan corak permainan yang memukau penyokong setia pasukan itu sehingga menganggap Sabah FC boleh menjadi skuad yang akan kekal mengungguli carta liga.

WhatsApp Image 2023-05-16 at 23.10.31

Barisan pemain Sabah FC menampilkan prestasi cemerlang di laman sendiri. Instagram/ officialsabahfc

Hal ini kerana, setakat lima perlawanan dalam saingan Liga Super, skuad Sang Badak berjaya mengekalkan kemenangan di laman sendiri.

Namun begitu, ketika beraksi di tempat lawan, skuad Sabah FC tidak berjaya mengekalkan kemenangan itu selepas pertama kali tewas di tangan pencabar utama Liga Super 0-4 iaitu Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Ismail (SSI), Johor.

Kegagalan dalam meledak sebarang gol ketika aksi perlawanan di SSI itu memberi sedikit kesan kepada barisan pemain Sang Badak apabila mempengaruhi perlawanan seterusnya yang mana skuad Sabah FC gagal dalam mencipta kemenangan kerana ditewaskan oleh Kuala Lumpur City FC 0-2 di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.

Kekalahan kedua itu turut mempengaruhi perlawanan seterusnya ketika menentang Sri Pahang FC walaupun hanya berkongsi satu mata di laman pihak lawan.

Oleh itu, ada seorang penyokong setia Sang Badak begitu berharap agar kemenangan itu dapat dikekalkan apa lagi ketika berada di halaman sendiri kerana terdapat ramai penonton hadir memberi sokongan.

"Kami penyokong setia Sabah FC harap Sabah FC terus fokus untuk menang setiap kali game di Likas atau di luar, radu tatap radu," kata Ardole Xii.

Oleh itu, barisan pemain The Rhinos perlu menggunakan kelebihan untuk menang di laman sendiri agar dapat mengekalkan momentum ketika menjadi pelawat di tempat lawan.

Tambahan pula, skuad Sang Badak berjaya mengutip 20 mata dan 24 jaringan sepanjang 10 perlawanan Liga Super berlangsung.

Sabah FC bakal menerima kunjungan daripada skuad Terengganu FC pada 19 Mei di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah untuk perlawanan ke-11 saingan Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram