Safee Sali bergelar coach, 3 kelab berpotensi sambar khidmat bekas hero HM


  • Podium
  • Rabu, 17 Mei 2023

Safee (kiri) sedia menjadi jurulatih bola sepak selepas tamat kursus Kejurulatihan Diploma AFC/FAM C pada awal Mei lalu. — Facebook/ SafeeSali_10Official

BERITA mengenai bekas pemain penyerang negara, Safee Sali yang baru sahaja menamatkan kursus Kejurulatihan Diploma AFC/FAM C pada awal Mei lalu mula menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

Mana tidaknya, pada Februari lalu beliau baru sahaja mengumumkan persaraannya dalam arena bola sepak profesional selepas mencurahkan bakti selama 20 tahun kepada negara.

Jadi, pengumuman bekas hero Harimau Malaya yang ingin menjadi jurulatih bola sepak itu secara tidak langsung boleh memberikan sinar baharu dalam arena sukan berkenaan memandangkan Safee bukanlah pemain biasa-biasa.

Dengan bilangan jaringan yang melebihi 136 untuk kelab dan 47 untuk negara, khidmat dan tunjuk ajarnya sepanjang dua dekad dalam dunia sukan itu pastinya berguna untuk kelab-kelab bola sepak tempatan.

JDT's Safee Sali celebrate after score during Malaysia Cup match between Selangor PKNS and JDT in Shah Alam Stadium, Shah Alam. FAIHAN GHANI/The Star.

Safee pernah bermain untuk skuad JDT sebelum dipinjamkan Arema FC.

Berikut merupakan tiga kelab bola sepak tempatan yang mungkin memerlukan tunjuk ajar daripada legenda kebangsaan itu:

1. Selangor FC

Pernah mengerah keringat bersama The Red Giants bermula pada 2006 hingga 2011, Safee turut menyarung jersi nombor 10 milik legenda Selangor dan pasukan kebangsaan, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Selain membantu pasukannya mencapai pusingan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, Safee juga pernah menjuarai Piala Sultan Selangor 2008 bersama pasukan pilihan Selangor menewaskan skuad Singapura menerusi sepakan penalti 4-3.

Malah dengan prestasi Selangor FC yang kini menduduki tangga kedua dalam Liga Super 2023, mungkin khidmatnya diperlukan oleh kelab tersebut untuk menumpaskan juara bertahan liga iaitu Johor Darul Takzim (JDT).

2. KL City FC

Skuad The City Boys ini merupakan pasukan akhir yang menerima khidmatnya sebelum Safee mengumumkan bersara daripada arena bola sepak.

Ketika berkhidmat dengan pasukan Warga Kota itu, beliau yang bermain di bahagian penyerang pernah memenangi kejuaraan Piala Malaysia 2021 pertama dalam kerjayanya selepas menewaskan JDT 2-0 di perlawanan akhir kejohanan tersebut.

Pada musim seterusnya, Safee terus menempa di persada antarabangsa sebagai pemain bola sepak pertama Malaysia yang bermain di dua perlawanan akhir Piala AFC ketika bertemu Al Seeb FC.

KL's safee sali

Safee ketika bermain untuk KL City FC selama dua musim sebelum mengumumkan persaraan pada Februari lalu.

3. Sabah FC

Kali ini bukan bekas kelab bola sepak yang pernah disertainya, namun khidmat pemain legenda itu mungkin diperlukan oleh pemain penyerang The Rhinos, Darren Lok.

Bukan apa, para pemerhati sukan bola sepak tempatan mendakwa corak permainan Darren mirip gaya Safee beraksi di padang satu masa dahulu.

Jadi mungkin kehadiran Safee yang juga bekas penyerang KL City FC itu boleh membimbing pemain import kelahiran England itu untuk mengembangkan bakatnya setaraf dengan ikon legenda itu.

Umpama perigi mencari timba, atau mungkin sebaliknya, boleh jadi Safee dirisik oleh mana-mana kelab tersebut untuk menjadi 'abang-abang' kepada pemain generasi kini supaya barisan pemain kelab tersebut boleh jadi sepertinya atau lebih baik.

Sama ada Safee yang mencari atau dicari, teka-teki pilihan kelab bola sepak yang bakal disertainya mungkin akan terjawab dalam masa terdekat. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram