'Memang parok', Tok Gajah senior megah, tapi fans kecewa skuad pelapis jadi lauk


  • Podium
  • Khamis, 11 Mei 2023

Pasukan U18 Sri Pahang FC masih mencari titik keserasian untuk memperbaiki pretasi permainan mereka. — Facebook/Sri Pahang FC.

SKUAD Sri Pahang FC berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah setakat 10 perlawanan dalam Liga Super musim ini.

Rekod sama turut dipegang oleh pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dalam liga tersebut, menjadikan kedua-dua mereka pasukan yang wajar digeruni.

Untuk rekod, pasukan Tok Gajah berjaya memenangi enam perlawanan, manakala selebihnya seri, membuatkan mereka kekal selesa di tangga ketiga dalam carta liga berkenaan.

Namun di sebalik kemegahan skuad Pantai Timur itu, skuad Piala Belia U18 Sri Pahang FC menunjukkan prestasi sebaliknya.

Pada Ahad lalu, pasukan muda tersebut dilondehkan oleh pasukan Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) 0-5 dalam piala tersebut di Padang 10 AMD Gambang, Kuantan, Pahang.

Kekalahan tersebut seolah-olah menconteng arang di muka pemain-pemain senior Tok Gajah dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemerhati bola sepak tempatan.

"Teruk betul kena (dibelasah skuad AMD), kalau macam ni lah lawan JDT ada kena 10 (gol).

"Memang parok (teruk), tak ada player yang bagus ke, harap nama saja pro," kutuk Sam Hassan.

345063590_3566909280209296_8928294962116093403_n

Keputusan pasukan Belia U18 Sri Pahang menentang AMD dalam Piala Belia U18 di Padang 10 AMD Gambang, Kuantan, Pahang pada Ahad. — Facebook/Sri Pahang FC.

Namun di sebalik cemuhan dan kutukan yang diterima oleh skuad muda tersebut, tidak kurang juga sokongan diberikan kepada darah muda tersebut.

Menurut Che Wan Irwan Syah, prestasi pasukan U18 Sri Pahang masih belum memberangsangkan kerana mereka masih baharu bersama keluarga Pantai Timur itu.

"Bagi koi (saya) lah, bukan nak komen sangat tapi beza AMD dengan belia Sri Pahang (ialah) AMD ini (pemain) pelapis Malaysia, empat tahun bersama dah pergi ke luar negara main dan ambil budak dah memang kita tahu bagus.

"Beza dgn U18 Sri Pahang tak semua umur 18 tahun, satu lagi baru beberapa bulan sahaja main sekali. Teruskan usaha, InsyaALLAH U18 mampu, sebelum ini pun (mara) ke final," ulasnya panjang lebar.

"Piala Belia bawah 18 (sahaja), relakslah. AMD ada kelebihan kumpul ubi-ubi muda yang bagus dari negeri-negeri lain," kata Mohd Faizol Kamaruddin.

Mungkin benar mereka masih baharu dan belum serasi bermain bersama, namun prestasi permainan yang dipamerkan menunjukkan skuad tersebut masih mempunyai perjalanan yang jauh serta ada ruang untuk penambahbaikan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram