KURANG seminggu sebelum Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah digegarkan dengan perlawanan antara Sabah FC dengan Terengganu FC dalam Liga Super 2023.
Pertembungan antara skuad The Rhinos dengan pasukan Penyu itu pastinya mendebarkan, apatah lagi pretasi pasukan negeri di bayu itu boleh dikatakan kemas dengan meraih enam kemenangan dengan rekod kalah dan seri masing-masing dua perlawanan.
Kedudukan pasukan Sabah FC juga dilihat agak stabil pada tangga keempat dalam carta liga berkenaan.
Namun keadaan ini berbeza untuk pasukan muda Sabah FC B20 dalam kejohanan Piala Presiden yang berlangsung sejak 16 Mac lalu.
Mana tidaknya, skuad pelapis tersebut bukan sahaja tidak meraih sebarang mata sepanjang perlawanan, malah terus dibenamkan oleh pihak lawan setiap kali pertembungan.
Skuad Sabah FC U20 masih belum memenangi sebarang perlawanan dalam Piala Presiden 2023 setakat ini. — Facebook/ Sabah Football Club.
Terbaharu, pasukan Sabah FC B20 terus mengekalkan rekod kekalahan apabila ditewaskan oleh Negeri Sembilan FC B20 2-0 dalam kejohanan bagi Kumpulan C piala berkenaan di Stadium Mini Tampin, Negeri Sembilan pada Sabtu.
Rekod tersebut menjadikan skuad bawah 20 tahun itu bersahabat baik dengan pasukan Sri Pahang B20 masing-masing dari kumpulan C dan A kerana tidak mendapat sebarang mata kemenangan.
Perkara tersebut lantas menimbulkan keresahan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan yang mempersoalkan kekuatan anak jati pemain pelapis negeri tersebut.
Bukan apa, menurut Mohd Nor Bin Amit, ada yang mengecam prestasi pasukan senior mereka kurang menyengat kerana tiada pemain tempatan.
"Bila team senior main, ada yang kecam tiada local player. Kamu tengoklah team pelapis Sabah macam mana," katanya.
Melihat kepada prestasi yang ditunjukkan oleh pemain Sabah FC B20 dalam Piala Presiden musim ini, para peminat dilihat pasrah dengan pasukan tersebut seolah-olah menyertai kejohanan tersebut hanya untuk ditewaskan oleh pihak lawan.
"Anak jati yang diharapkan tetapi ini la realitinya, setiap game kalah terus yang paling menyedihkan, jaringan memang haus la (tiada gol)
"Di mana silapnya team anak jati kita ni," kata Bierom Harraz Omar.
Keputusan pasukan Sabah FC B20 menentang Negeri Sembilan FC B20 dalam Piala Presiden di di Stadium Mini Tampin, Negeri Sembilan pada Sabtu. — Facebook/ Sabah Football Club.
Malah, ada peminat mendakwa perkara tersebut menjadi punca pengendali Sabah FC, Ong Kim Swee tidak mengambil berat tentang keberadaan pemain asal Sabah dalam pasukan utama kerana prestasi yang dipaparkan.
"Aduh anak jati, patutlah Ong Kim Swee tidak kisah sangat pandangan beberapa fans yang mempersoalkan di mana anak jati dalam team utama Sabah FC.
"Macam keropok pula ubi muda jati Sabah ni, sedap dimakan," kata Lyn Noriko Ending.
Pasukan Sabah FC U20 dilihat dalam bahaya, bukan sahaja dalam Piala Presiden musim ini, malah peluang mereka untuk menyertai pasukan senior juga akan semakin tipis jika terus menunjukkan prestasi permainan yang tidak baik.
Oleh itu, selain latihan yang lebih intensif, mereka perlu mempunyai semangat yang jitu untuk bermain demi negeri supaya tidak menjadi batu loncatan untuk pihak lawan menggungguli perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram