'Kenapa berdendam sangat?' Bobie persoal penganjuran rumah terbuka MAM


  • Podium
  • Jumaat, 12 Mei 2023

Bobie seperti sukar menerima tarikh penganjuran rumah terbuka MAM itu.

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri di negara sememangnya kerap dihiasi dengan anjuran rumah terbuka yang bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Di samping menjamu orang ramai dengan berjenis-jenis juadah, pengunjung juga berpeluang mengenali orang ramai selari dengan tujuan bulan perayaan.

Selain di peringkat individu dan keluarga secara kecil-kecilan, syarikat besar turut tidak mensia-siakan peluang untuk menganjurkan rumah terbuka.

Antara pihak yang mengambil kesempatan itu ialah Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) yang mengadakan majlis itu pada Sabtu.

Penganjuran yang bertempat di Bukit Kiara, Kuala Lumpur itu dijangkadimeriahkan dengan kehadiran peserta sukan permotoran dan pihak pengurusan kelab.

Bagaimanapun, di sebalik penganjuran itu, Prinsipal Pasukan OneXOX TKKR Racing, Bobie Farid Shamsuddin seperti kurang gembira dengan keputusan MAM itu.

Menerusi satu hantaran di Facebook Ariesham, Bobie seakan-akan kesal dengan rumah terbuka itu memandangkan ia diadakan ketika satu perlumbaan sedang diadakan di Sepang, Selangor.

346296205_1435786590522905_3655327999249261546_n

Penganjuran rumah terbuka MAM dibuat ketika ARRC 2023 di Sepang. Facebook/Ariesham

"Ya, kami tidak dijemput, tetapi tarikh yang anda pilih adalah sama dengan ketika mana pelumba hebat negara sedang membawa bendera negara dalam Kejohanan Motosikal Asia (ARRC) 2023.

"Kenapa berdendam sangat dengan industri sukan permotoran dalam negara ni? Kami, TKKR kalau tak dijemput pun tak kisah sangat, tapi nampak sangat MAM ni dangkal untuk menghargai pelumba serta pemain didalam industri," tulisnya.

Bobie yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC turut mempersoalkan kegagalan pihak penganjur untuk memilih terbaik bagi menyatukan kesemua pihak di sebalik tabir sukan permotoran negara.

ARRC 2023 diadakan di negara bermula 12 hingga 14 Mei selepas pusingan pertama diadakan di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand dari 24 hingga 26 Mac.

Antara wakil negara yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu ialah Azlan Shah Kamaruzaman yang menggunakan jentera BMW M1000 RR di bawah pengurusan OneXOX BMW TKKR. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram