Sukan SEA: Negaraku berkumandang lagi, skuad terjun negara sapu 4 emas


  • Podium
  • Khamis, 11 Mei 2023

Terlakar senyuman di muka Enrique Maccartney Harold (depan) selepas memenangi pingat emas.

PENERJUN negara, Enrique Maccartney Harold, berjaya memenangi pingat emas dalam acara platform lelaki pada Khamis sekali gus menyaksikan negara terus mendominasi acara terjun di pentas Sukan SEA.

Enrique yang membuat penampilan pertama dalam temasya dwitahunan itu berjaya mengumpul 442.95 mata untuk meraih pingat emas ke-22 untuk kontinjen Malaysia.

Seorang lagi penerjun negara, Bertrand Rhodict Lises, berjaya memenangi pingat perak dengan pungutan 384 mata dan pingat gangsa pula dimenangi penerjun dari Singapura, Max Lee Shen Oon, 362 mata.

Kejayaan Enrique itu melengkapkan kejayaan pasukan terjun kebangsaan untuk memenangi semua empat acara yang dipertandingkan dalam Sukan SEA di Kemboja kali ini.

Sebelum ini, penerjun wanita negara, Lee Yiat Qing yang jarang beraksi bagi 10 meter (m) platfrom, tetapi siapa sangka atlet berusia 15 tahun itu mampu melakukan keajaiban dalam penampilan sulungnya di temasya Sukan SEA pada Rabu.

Yiat Qing yang kerap beraksi dalam acara 3m papan anjal, bangkit memberi 'percikan' emas kepada kem terjun negara selepas memenangi acara platform wanita itu di Pusat Akuatik Morodok Techno, Kemboja pada Rabu.

Untuk, rekod skuad terjun negara menyapu bersih lapan pingat emas yang dipertandingkan di Sukan SEA Vietnam, tahun lalu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram