SKUAD bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) negara terpaksa pulang awal dari Sukan SEA Kemboja 2023 selepas tewas 1-2 kepada Vietnam dalam aksi ketiga Kumpulan B di Stadium Prince, Phnom Penh pada Isnin.
Tampil dengan misi mencipta kejutan ke atas penyandang juara itu, Harimau Muda tersentak awal apabila gawang mereka dibolosi seawal minit permainan.
Dua layangan kad merah turut menghiasi perlawanan yang menyaksikan Harimau Muda tewas dan kekal di kedudukan ketiga dengan mengumpul tiga mata.
Skuad kendalian E. Elavarasan akan melengkapkan aksi terakhir kumpulan berdepan Singapura di venue sama pada Khamis ini.
Kegagalan skuad B-22 ternyata mendapat kritikan daripada penyokong bola sepak yang mana ada mahukan Elavarasan digantikkan dengan tiga jurulatih tempatan yang baharu.
Majoriti senaraikan tiga jurulatih tempatan yang dipetik oleh penyokong untuk mengendalikan skuad Harimau Muda negara menjelang kelayakan Piala Asia B-23 2024.
LTK baru menyertai Perak FC pada awal musim ini.
1. Datuk Lim Teong Kim
Pengendali Perak FC, Datuk Lim Teong Kim (LTK) disebut-sebut sebagai salah seorang calon sesuai untuk membawa Harimau Muda bagi menghadapi kelayakan Piala Asia B-23 2024.
Salah satu kelebihan yang ada pada LTK ialah fokusnya kepada perkembangan pemain-pemain muda.
Pengendali berusia 59 tahun itu sentiasa komited memberi peluang kepada pemain muda untuk berkembang serta mempunyai teknik latihan yang sangat inovatif dan efektif.
Beliau sering menggunakan pendekatan yang berbeza-beza untuk melatih pemain, melalui corak permainan individu masing-masing.
Ini sekali gus dapat membantu memaksimumkan potensi pemain dan meningkatkan kemampuan mereka.
Nidzam antara jurulatih muda yang sangat berpotensi.
2. Nidzam Jamil
Nidzam Jamil memiliki pengalaman yang sangat luas dalam dunia sepak bola Malaysia, baik sebagai pemain maupun pelatih.
Sebagai pemain, dia pernah bermain di Liga Super dan Liga Perdana manakala sebagai jurulatih, dia telah mengendali beberapa pasukan seperti SPA FC, AirAsia Allstars FC, Felda United dan Selangor FC.
Bekas pertahanan Selangor ini sangat fokus pada perkembangan pemain-pemain muda di dalam negara.
Sebagai seorang jurulatih, dia berkomitmen tinggi untuk memberikan peluang buat pemain muda untuk terus berkembang dan bermain di peringkat tertinggi.
Semasa mengendalikan Felda United, Nidzam antara jurulatih muda yang sangat berpotensi dalam Malaysia.
Dia memiliki pengetahuan taktikal yang baik dan sering menggunakan strategi yang berbeza-beza untuk menyesuaikan pasukan dengan tempo permainan.
Nafuzi mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik dalam memotivasikan pasukan, serta mempunyai hubungan yang positif dengan para pemain-pemainnya.
3. Nafuzi Zain
Antara individu yang cukup dikenali penyokong-penyokong Terengganu FC, Nafuzi Zain musim ini berhijrah ke Kedah Darul Aman (KDA FC) bagi mengharungi cabaran baru.
Nafuzi memiliki skil komunikasi yang baik yang mana dapat membantu dia memastikan bahawa arahan disampaikannya jelas dan efektif kepada para pemain dan staf kejurulatihan.
Pengendali berusia 44 tahun ini turut mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik dalam memotivasikan pasukan, serta mempunyai hubungan yang positif dengan para pemain-pemainnya.
Dia juga dilihatmemiliki dedikasi dan komitmen yang tinggi untuk bekerja keras bagi membawa pasukan ke level yang lebih tinggi, sekali gus menjadi sumber inspirasi bagi para pemain dan staf kejurulatihan yang lain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,