Dakwa pelatih tentera udara dibuli, kakak nekad tuntut keadilan dalam media sosial


  • Tular
  • Isnin, 01 Mei 2023

Gambar anggota tentera berpangkat koperal yang didakwa membuli adik kepada wanita berkenaan.

SEORANG wanita tampil meluahkan perasaan dan menuntut keadilan berhubung keadaan adik lelakinya yang didakwa menjadi mangsa buli di sebuah pusat latihan tentera udara pada pada Isnin.

Wanita berkenaan berkongsi luahan tersebut melalui akaun Twitter @ummiiiiinmo dan turut berkongsi gambar beberapa anggota tentera berpangkat koperal yang didakwa membuli adik lelakinya itu ketika menjalani latihan.

"Masuk airforce (tentera udara) tapi macam masuk sekolah asrama. Kaulah paling 'Kapla High Council'.

"Adik menjadi mangsa ragging (buli) yang bukan sahaja melibatkan penderaan fizikal semata-mata, malahan membabitkan penderaan emosi sehingga menjadi takut dan trauma.

"Dia turut mengalami kecederaan sehingga hilang deria pendengaran di telinga kiri kesan daripada ditendang dan dipukul menggunakan selipar.

f7b50ab4-9a5b-4e24-8f47-775c67deb4c4

Tangkap layar seorang wanita yang mendakwa adinya dibuli di sebuah pusat latihan tentera udara pada pada Isnin. — Twitter/@ummiiiiinmo

"Ini ragging yang dikatakan benda biasa dan culture. Adik aku dipukul teruk.

"Disebat menggunakan getah paip di tapak kaki, dicucuh rokok di lidah, diugut, dibogelkan dan dibelasah ramai-ramai," ciapnya.

Jelasnya lagi, keluarganya sudah melaporkan perkara tersebut kepada pihak atasan baru-baru ini namun tiada tindakan yang diambil.

"Semoga yang 'diamkan' kes ini ini akan dapat balasan.

"Hari itu 'budak-budak' yang tidak bertamadun ini update (kemas kini) status di WhatsApp, siap ada hashtag (tanda pagar) #kami tak salah. Konon-konon nak tunjuk kat adik aku," katanya.

Dakwanya lagi, salah seorang daripada anggota tersebut mengugut mangsa dengan mengatakan ayahnya merupakan seorang yang berpangkat besar dalam tentera.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam dan bersimpati dengan situasi yang terpaksa dihadapi adik wanita berkenaan.

"Tularkan, biar semua orang tahu, askar punya senioriti ini semua haprak. Sembang layan junior macam itu sebab nak bersedia berdepan dengan musuh padahal ini semua a****g saja. Boleh hapus dah trend seperti ini dalam askar," kata @fqyzd.

"Tolong hapuskan budaya ragging ni. Tak kisahlah dalam airforce ke apa. Dalam asrama sekolah sekalipun. Apalah kebaikan ragging ni. Nak tunjuk kehebatan senior ke? soal @miswxn.

Majoriti sedang cuba menghubungi wanita berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Pertahanan (Mindef) semasa dihubungi mahu menyemak terlebih dahulu dakwaan itu sebelum boleh mengulas lanjut.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram