Musim belum habis, TMJ dah 'get ready' untuk 2024


  • Podium
  • Rabu, 03 Mei 2023

Skuad Harimau Selatan terus mengungguli carta semasa saingan Liga Super 2023. — Facebook/Johor Southern Tigers

KEGEMILANGAN pasukan Johor Darul Takzim (JDT) sudah pasti menjadi bualan hangat peminat bola sepak tanah air kerana kemenangan menjadi milik mereka.

Hal ini kerana, kejayaan dalam membawa pulang tiga mata penuh dalam setiap perlawanan saingan Liga Super menunjukkan skuad Harimau Selatan merupakan pasukan yang sememangnya sangat digeruni apabila berjaya menundukkan pencabar utama dalam bola sepak.

Skuad yang kekal mengungguli carta Liga Super itu tentunya memberi penekanan dalam pelbagai aspek terutamanya kemudahan fasiliti yang lebih maju ke depan berbanding pasukan lain.

Walaupun musim ini belum tamat, namun pemilik skuad Harimau Selatan, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menitahkan untuk menaiktaraf semua padang di Johor.

tmj

TMJ menitahkan semua padang bola sepak Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) dinaik taraf.

Ini kerana, TMJ mahu semua padang bola sepak kelab itu dinaik taraf kerana baginda tidak berpuas hati dengan kualiti padang ketika ini.

"TMJ menitahkan semua padang bola sepak Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) dinaik taraf kerana Baginda tidak berpuas hati dengan kualiti padang ketika ini.

"Kerja-kerja menaik taraf dan kemungkinan penanaman semula rumput akan dijalankan pada penghujung musim dan akan dimulakan dengan Pusat Latihan JDT dan Stadium Sultan Ibrahim untuk persediaan menghadapi musim 2024. Luaskan Kuasamu Johor," kata kenyataan di JOHOR Southern Tigers.

Oleh itu, kerja-kerja menaik taraf dan kemungkinan penanaman semula rumput akan dijalankan pada penghujung musim dan akan dimulakan dengan Pusat Latihan JDT dan Stadium Sultan Ibrahim untuk persediaan menghadapi musim 2024. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram