Seperti ada masalah identiti, Perak FC digesa segera rombak taktikal


  • Podium
  • Rabu, 03 Mei 2023

Skuad Perak FC melakar kemenangan 3-2 ke atas Kelantan FC dalam saingan Liga Super 2023.

SELEPAS lima perlawanan mencatatkan keputusan tidak menentu, Perak FC akhirnya berjaya menewaskan Kelantan FC dengan jaringan 3-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, Kelantan dalam perlawanan Liga Super pada 28 April.

Perlawanan tersebut sememangnya sengit di sebalik jaringan sendiri yang dihasilkan oleh dua pemain kedua-dua kelab iaitu pemain tengah Perak FC, Shivan Pillay serta pemain pertahanan skuad The Red Warriors (TRW), Yusri Yuhasmadi.

Walaupun berjaya menundukkan pasukan Kelantan FC pada perlawanan Liga Super yang ke-10 menerusi jaringan Luciano Guaycochea dan Che Mohammad Suhari Che Halim masing-masing pada minit ke-45 dan 69, namun corak permainan yang ditampilkan oleh skuad The Bos Gaurus (TBG) belum menampakkan sebarang perubahan dari segi taktikal sejak awal musim.

WhatsApp Image 2023-05-03 at 12.36.24

Teong Kim perlu mencari falsafah untuk diterapkan dalam skuad TBG.

Oleh itu, ramai penyokong menginginkan perubahan daripada pengendali The Bos Gaurus, Datuk Lim Teong Kim agar dapat memberikan tekanan kepada pasukan lain.

Salah seorang penyokong memberikan pendapat mengenai perubahan yang perlu diubah oleh pengendali The Bos Gaurus.

"Dah game ke 10 belum nampak development dari LTK, build up dari bawah belum cantik, pressing dah makin kurang, confuse jugak Perak main high pressing ke main mid block? Transition game lagi lah, banyak main long ball pula, macam ada masalah identiti la Perak FC," kata Labon Bola.

Justeru, penyokong setia The Bos Gaurus berpendapat agar pengurusan skuad itu tidak perlu membazirkan duit untuk membeli pemain import yang tidak menunjukkan aksi cemerlang dalam perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram