PASUKAN Sri Pahang FC berjaya menundukkan skuad Terengganu FC (TFC) 2-1 dalam aksi ke-10 Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu pada Jumaat minggu lepas.
Rekod tanpa kalah yang berjaya dikekalkan oleh skuad Tok Gajah itu cukup menggembirakan peminat meskipun taktikal jurulatih, Fandi Ahmad sering mengundang kecaman ramai pihak.
Nor Azam berjaya membantu jentera serangan Tok Gajah meledak gol ketika menentang Sang Penyu.
Penyerang import Sri Pahang FC, Kpah Sherman dan pemain tengah, Nor Azam Azih masing-masing berjaya mencetak gol pada minit ke-31 dan 68.
Pada masa sama, pujian wajar diberikan buat Nor Azam yang sebelum ini kerap diberikan perhatian berikutan kemerosotan dari segi permainan namun berjaya meledak gol bagi pasukan Tok Gajah berikutan posisi yang dimainkan olehnya dalam perlawanan itu.
Anak jati Pahang itu mencetak dua gol peribadinya dalam liga musim ini iaitu ketika menentang Kuching City dan Terengganu FC.
Penyokong berpendapat Azam Azih yang sering diberi peranan sebagai pemain tengah bertahan (CDM) sepatutnya menjadi tonggak tengah menyerang (CAM).
Hal ini kerana, ramai penyokong melihat Azam Azih lebih sesuai menggalas peranan itu berikutan kemampuannya untuk lebih menbantu di bahagian serangan.
"Jurulatih perlu berani meletak Azam Aziz di barisan hadapan untuk mendapat kepercayaan diri,dia boleh menjaringkan bola ke dalam gol," kata Roslan Sidi.
"Azam Azih ini bagus dalam shooting,dia boleh jadi aset untuk dapatkan gol cuma masalahnya dia kerap main bawah jadi defensive mid, sebab itu peranan dia dalam attacking tidak nampak sangat, jarang-jarang dia naik. Kalau coach dapat dapat tukar position dia main attacking, lebih tajam serangan-serangan Sri Pahang," kata Si Faqir.
"Lagi satu cuba tengok cara dia sepak bola itu, bukan macam biasa punya sepak, tidak pakai inside foot pun, teknik Azam ini lain dari yang biasa, bola pergi tepat dan solid," kata Ahmad Najib.
Selepas ini, Sri Pahang FC bakal menerima kunjungan daripada Penang FC di Stadium Darul Makmur pada 20 Mei. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram