Sebenarnya, saya rasa bersalah — Manzoor Azwira


  • Podium
  • Sabtu, 29 Apr 2023

Manzoor menegaskan salah seorang daripada mereka sepatutnya diturunkan ketika aksi menentang Kuching City FC. — Facebook/Penang FC

PEMANGKU ketua jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira Abd Wahid, mengakui rasa bersalah terhadap insiden membabitkan dua pemainnya, Azmeer Aris Nor Rashid dan Amer Azahar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya menjelang perlawanan Liga Super menentang Kuching City pada Khamis.

Azmeer dan Amer dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Balik Pulau, Pulau Pinang menjelang perlawanan di tempat sendiri itu.

Kedua-dua pemain itu bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius tetapi diberikan pelepasan untuk tidak beraksi dan ia sudah pasti menjejaskan perancangan awal Manzoor Azwira biarpun pasukannya menang dengan keputusan 2-1.

2045073

Azmeer (kiri) dan Amer (tengah) dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Media sosial

"Sebenarnya saya rasa bersalah kerana situasi itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia pada hari perlawanan. Salah seorang daripada mereka sepatutnya turun sebagai kesebalasan utama, jadi sedikit-sebanyak ia mengganggu perancangan saya.

"Saya cuma berdoa dan berharap agar dua pemain itu tidak mengalami kecederaan yang serius," katanya kepada Astro Arena selepas perlawanan menentang skuad The Cats itu.

Dalam aksi berkenaan, Penang FC yang ketinggalan satu gol selepas dibolosi oleh jaringan Abu Kamara sebelum bangkit meraih kemenangan hasil penyudah Khairul Akmal Rokisham dan Soony Saad. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram