Kes Lucas di Penang FC dijangka berulang, Soony Saad akui terima tawaran kelab Liga M


  • Podium
  • Jumaat, 28 Apr 2023

Soony sudah menjaringkan lima gol daripada sembilan penampilan bersama Penang FC. — Facebook/PenangFC

PENANG FC membuktikan kekuatan mereka laman sendiri apabila melakar kemenangan buat kali keempat berturut-turut selepas menundukkan Kuching City FC 2-1, pada saingan Liga Super di Stadium Bandaraya pada Jumaat.

Walaupun pasukan pelawat terlebih dahulu mencetak jaringan gol menerusi tonggak import pada minit ke-32 namun Harimau Kumbang berhasil menundukkan skuad The Cats dengan dua gol.

Jaringan pertama diledak pleh Khairul Akmal dengan melakukan rembatan kencang pada minit ke-45 dan penyerang import, Soony Saad meledak gol kedua Penang pada minit ke-51.

Pada perlawanan ke-10 juga menyaksikan tonggak kebangsaan Lubnan tersebut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Bukan hanya pemain terbaik perlawanan, penyokong Penang FC juga melabelkan Soony sebagai tonggak terbaik Harimau Kumbang pada 2023 terutamanya selepas menjaringkan lima gol daripada sembilan penampilan.

Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, bekas pemain PT Prachuap FC itu berharap untuk sentiasa mencetak jaringan untuk membantu Penang FC kekal meraih kemenangan.

WhatsApp Image 2023-04-28 at 19.58.32

Soony menyertai Penang FC pada Januari tahun ini. — Facebook/PenangFC

“Saya suka menjaring, menjaring adalah seperti kepakaran saya. Saya rasa semua pasukan pun sedang cuba mencari solusinya. Ia bermaksud, pasukan lain akan mula untuk bermain secara terbuka.

“Saya tak nak tunjuk semua taktik tapi saya terkenal dengan menjaring. Saya harap dapat melakukakan terus bersama Penang FC,” katanya.

Asbab terlalu menyerlah bersama Penang FC, tidak hairanlah jika Soony sudah mendapat tawaran daripada pasukan ternama Liga Malaysia (Liga M) dan perkara itu pastinya merisaukan penyokong Harimau Kumbang.

Perkara itu didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam laman Twitter miliknya.

Jika Soony menerima tawaran berkenaan, penyokong Penang FC terpaksa melihat kembali senario ketika bekas penyerang Lucas Silva menyertai Sri Pahang FC pada musim ini.

Penghijrahan Lucas ke skuad Tok Gajah menjadi luka buat penyokong terutamanya selepas pemain berusia 32 tahun itu meledak 17 gol dalam perlawanan musim lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram