'Kapten Marvel' bermandi darah, keringat demi The Rhinos


  • Podium
  • Sabtu, 29 Apr 2023

Walaupun keadaan kepala mengalami pendarahan kecil namun Baddrol tetap menunjukkan aksi cemerlang untuk Sabah FC semasa menjinakkan Selangor 2-1.

JIKA ada seorang pemain yang layak dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam pertembungan antara Selangor FC dan Sabah FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, Sabah pada Khamis, sudah pasti ia adalah Baddrol Bakhtiar.

Pemain veteren bahagian tengah berusia 35 tahun itu bukan sahaja menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-66 namun berjaya mempertahankan kedudukan itu sehingga 90 minit.

Walaupun keadaan kepalanya mengalami pendarahan kecil selepas bertembung dengan pemain tengah Selangor, Harith Haiqal Adam Afkar pada minit ke-80, Baddrol tetap meneruskan perjuangan untuk membantu skuad Sang Badak.

Sabah mencatatkan gol pertama pada minit ke-24 apabila pemain sayap Saddil Ramdani berjaya menyempurnakan sepakan penalti namun Selangor menyamakan kedudukan menerusi pemain sayap pasukan itu, Faisal Halim pada minit ke-53.

Selain itu, jaringan gol Baddrol tersebut yang melalui dari sepakan percuma sejauh 20 meter berjaya memastikan The Rhinos mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di Stadium Likas musim ini dengan kemenangan 2-1.

Selepas wisel penamat ditiup, walaupun darah masih menitis dari kepala Baddrol yang berbalut tetapi tetap berkeinginan untuk mendapatkan kemenangan bagi pasukannya.

“Saya hanya mahu mendapatkan kemenangan untuk Sabah untuk peminat kami. Tidak lupa isteri dan anak-anak saya juga kerana mereka berada di stadium.

“Saya gembira mendapat tiga mata. Kesakitan di kepala saya tidak menjadi masalah,” katanya.

Jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee memberikan pujian kepada Baddrol dan berkata pengalamannya adalah penting untuk pasukan.

“Pengalaman yang dimiliki Baddrol membuat perubahan untuk kami, dia bagus dengan set-piece dan mempunyai penglihatan yang sangat baik. Kemasannya juga bagus dan dia seorang pemimpin yang baik dan berkomunikasi dengan semua orang, dari anak muda hingga warga asing yang mengagumkan.

"Baddrol adalah penting untuk kami," katanya.

Walaupun ia adalah perlawanan yang mencabar, Kim Swee gembira pasukan itu mengekalkan rekod kemenangan enam perlawanan mereka di Likas.

“Pada separuh masa pertama, kami mengawal permainan tetapi terpaksa berhempas pulas pada babak kedua. Keghairahan dan perjuangan itulah yang saya mahu lihat dan ia adalah kunci kepada kami kekal tanpa kalah di Likas," kata pengendali The Rhinos itu.

Kekalahan itu menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 22 mata, manakala Sabah naik ke tempat ketiga dengan 20 mata. Kedua-dua pasukan telah bermain 10 perlawanan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram