'Jangan dibandingkan dengan Bergson', fans terpaksa terima seadanya peledak import skuad Jang


  • Podium
  • Rabu, 26 Apr 2023

Pasukan NSFC perlu memberi lebih banyak umpanan untuk Casagrande menjaringkan gol. — Facebook/NSFC

NEGERI Sembilan FC (NSFC) perlu menajamkan jentera penyudah jika mahu kembali disegani dalam kancah Liga Super, bermula dengan aksi berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC pada Jumaat.

Prestasi semasa skuad Jang dilihat kurang memukau peminat apabila sekadar berada di kedudukan kesembilan dalam carta Liga Super walaupun memilik pemain yang boleh memberikan tekanan kepada pihak lawan.

Hal ini kerana, terdapat penyokong yang menyalahkan peledak import skuad Jang iaitu Anselmo Arruda da Silva atau lebih dikenali sebagai Casagrande.

casa

Casagrande belum menjumpai rentak permainan bersama NSFC.

Pemain import kelahiran Brazil itu sekadar mampu meledak tiga gol sahaja dalam lapan perlawanan dalam saingan Liga Super bersama NSFC setakat ini.

Namun begitu, ketika bermain bersama pasukan Penang FC musim lalu, Casagrande berjaya menjaringkan dua gol dalam lima perlawanan yang mana kesemua jaringan itu menerusi tandukan.

Perbandingan jaringan gol tersebut menyebabkan rata-rata penyokong tidak berpuas hati dengan penampilan yang ditunjukkan oleh pemain berketinggian 1.93 meter itu dalam skuad Sang Jang.

"Tak best pun, tak power bagi saya lah, tidak macam Bergson atau Forestieri," kata Ali Abdullah.

Namun, ada juga peminat menyifatkan perlu menerima seadanya apa yang boleh diberikan Casagrande kepada skuad Jang setakat ini.

"Padanlah dengan harga dan umur, nak dekat umur 40 tahun kot, tahun depan carilah orang lain pula," kata Rph Hartanah.

"Kuda tua tumpul, kurang agresif dan berat," kata Ariffin Ghafar.

Selepas bertemu Kedah, NSFC bakal melayan cabaran PDRM di tempat lawan pada 18 Mei selepas aksi berdepan KL City yang sepatutnya berlangsung sebelum itu terpaksa ditunda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram