Bukan kaleng-kaleng, ketahui pro-kontra andai bekas peledak berbisa NSFC sarung jersi The Rhinos


  • Podium
  • Isnin, 24 Apr 2023

Gustavo ketika beraksi bersama NSFC pada musim 2022. — Facebook/NSFC

SETAKAT awal musim ini, beberapa pasukan dilihat sudah mula berhadapan isu ketumpulan barisan hadapan bagi mencipta jaringan.

Situasi yang berlaku itu bukan sahaja dialami skuad berada di tangga tercorot liga tetapi juga dalam kalangan kelab yang menghuni kelompok teratas carta liga.

Rata-ratanya, isu tersebut berpunca apabila penyerang import yang direkrut pada musim ini bagi mempertajamkan barisan hadapan menampilkan prestasi bukan seperti diharapkan.

Antara yang menghadapi masalah sama adalah pasukan berpangkalan di Negeri Di Bawah Bayu iaitu Sabah FC.

Sekali imbas, skuad Sang Badak dilihat tidak mempunyai masalah untuk mencipta gol dengan pasukan berjaya memperolehi 22 jaringan daripada 9 perlawanan diharungi.

Rekod jaringan tersebut adalah kedua tertinggi di dalam liga, berkongsi jumlah sama dengan Selangor FC dengan Johor Darul Takzim (JDT) seperti dijangka memegang catatan terbaik dengan 37 gol.

bah2

Lima daripada penyumbang jaringan tertinggi skuad The Rhinos adalah pemain daripada posisi bukan penyerang. — Facebook/SabahFC

Namun begitu, kegagalan merekodkan tiga mata penuh dalam tiga perlawanan terakhir liga mula menyebabkan barisan serangan turut menerima tempias kritikan daripada peminat.

Ini kerana berdasarkan rekod gol pasukan, lima daripada penyumbang jaringan tertinggi adalah pemain daripada posisi bukan penyerang.

Malah, ada pihak berpendapat kegagalan barisan penyerang untuk menjadi penyumbang utama gol menyebabkan skuad Sang Badak mempunyai alternatif terhad bagi mencari sumber yang boleh menyumbangkan gol sekiranya penyumbang utama jaringan disekat.

Hal ini terbukti apabila Sabah FC dilihat menghadapi kesukaran mendapatkan jaringan ketika berhadapan dengan kelab dengan kualiti pemain dan taktikal setaraf seperti JDT, Kuala Lumpur (KL) City FC dan Sri Pahang.

Setakat ini, penyerang, Darren Lok hanya menyumbang dua gol, dengan kedua-duanya adalah hasil jaringan daripada sepakan penalti.

Sementara itu, rekrut import dari Nigeria, Jacob Njoku yang diharapkan menjadi penyelesai masalah tersebut masih bergelut untuk tampil dalam kesebelasan utama Sabah FC dan terus gagal merekodkan sebarang gol.

BAH1

Darren (kiri) ketika aksi menentang Kelantan FC baru-baru ini. — Facebook/SabahFC

Isu tersebut perlu ditangani Sabah FC sekiranya pasukan mahu bersaing bukan sahaja antara kelab di kelompok teratas liga tetapi juga pada aksi Piala AFC nanti.

Disebabkan itu, Sabah FC turut dikaitkan dengan kemungkinan untuk mengambil penyerang baharu sekurang-kurangnya seawal tempoh perpindahan pertengahan musim ini bagi memperkukuh skuad.

Antara nama dihubungkan dengan skuad Sang Badak ialah bekas peledak berbisa Negeri Sembilan FC (NSFC) yang kini beraksi bersama kelab Kuwait, Al-Nasr SC iaitu Gustavo Almeida.

Oleh itu, Majoriti menyenaraikan pro dan kontra sekiranya pemain berusia 26 tahun itu menyertai skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee.

Pro

1. Berpengalaman dalam Liga M

ba4

Gustavo ketika bersama UiTM FC pada musim 2020/2021. — Facebook/UiTMFC

Selain pernah membantu NSFC bersaing di Liga Super pada musim lalu, pemain kelahiran Brazil ini turut pernah bersama pasukan UiTM FC.

Melihatkan kepada rekod jaringan yang ditunjukkan, dia dilihat tidak mempunyai masalah untuk tampil dengan prestasi memberangsangkan.

Keupayaanya untuk kekal konsisten mencetak gol itu juga agak mengagumkan memandang dia berada di dalam kelab yang bukan pesaing utama liga.

Disebabkan itu, penyokong Sabah FC pastinya tidak sabar untuk melihat sumbangan bakal diberikan pemain itu jika dibantu dengan barisan kualiti pemain yang ada di dalam pasukan Sang Badak ketika ini.

2. Rekod jaringan yang terbukti

MELAKA, 18 Jun -- Pemain Negeri Sembilan FC Gustavo Almeida Dos Santos (kanan) cuba mengawal bola dari asakan pemain Melaka United FC Ahmad Haziq Ahmad Puad pada Perlawanan Bola Sepak Liga Super di Stadium Hang Jebat dekat Krubong, hari ini.Keputusan separuh masa pertama 0-0.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Gustavo menjaringkan 12 jaringan daripada 13 penampilan bersama NSFC.

Sumbangan purata sekurang-kurangany satu gol dalamm setiap aksi di Liga Malaysia (M) membuktikan bahawa Gustavo merupakan seorang penjaring yang klinikal.

Ketika bersama NSFC, dia berjaya menjaringkan 12 jaringan daripada 13 penampilan.

Manakala aksi bersama UiTM FC menyaksikannya berjaya mencetak enam gol daripada lapan perlawan.

Dalam pada itu, rekod jaringannya yang memberansangkan bersama Al Nassr SC dengan tujuh jaringan daripada sembilan perlawanan membuktikan kebolehan Gustavo untuk beraksi di pentas asia.

Prestasi itu pastinya amat baik untuk pasukan seperti Sabah FC yang bakal membuat kemunculan di Piala AFC pada kali ini.

Kontra

1. Masih terikat bersama kelab Kuwait

bah4

Gustavo menyertai Al-Nasr SC pada 2023 selepas meninggalkan NSFC. — Facebook

Dengan prestasi baik ditunjukkan di kelab baharunya yang beraksi di Liga Perdana Kuwait, berita mengenai perpindahan ke kelab berkemungkinan tidak berada di fikiran Gustavo buat masa ini.

Ini kerana sebagai penyerang, dia pastinya tidak mahu menjejaskan momentum prestasi yang diperolehinya itu dengan perpindahan ke kelab baharu yang pastinya bakal menampilkan cabaran baharu buat dirinya.

Namun begitu, kedudukan semasa Al-Nasr SC yang kini berada di kelompok penyingkiran di carta liga pastinya boleh menjadi pemboleh ubah yang menukar fikiran Gustavo.

Apatah lagi, penyertaan ke skuad The Rhinos bakal memberikannya peluang untuk beraksi di Piala AFC yang pastinya sesuatu yang sukar untuk ditolak oleh mana-mana pemain yang mahu bersaing di peringkat tertinggi bola sepak Asia.

2. Kesesuaian taktikal bersama Sabah FC

bAH

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee. — Facebook/SabahFC

Bagi seorang pemain, proses menyesuaikan diri bersama pasukan baharu bukanlah sesuatu yang begitu mudah untuk dilalui.

Walaupun dilihat tidak mengambil masa untuk serasi bersama dua pasukan di Liga M sebelum ini, namun harus diakui bahawa setiap pasukan memiliki keunikan dan cabaran yang tersendiri.

Sejak pertama diambil alih oleh Kim Swee pada musim lalu, Sabah FC dilihat mengamalkan corak taktikal permainan yang tidak tidak berpaksikan kepada penyerang dalam merencana gerakan dan memberikan sumbangan gol.

Hal ini boleh dilihat melalui jumlah jaringan gol disumbangkan oleh barisan penyerang skuad tersebut yang agak kecil jika dibandingkan dengan pemain di posisi lain.

Disebabkan itu, adalah dikhuatiri bahawa falsafah permainan diterapkan Kim Swee itu tidak akan mendapat hasil terbaik daripada penyerang seperti Gustavo. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram