PEMAIN tengah Selangor FC, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, dikatakan semakin matang dalam mengendalikan permainan ketika bersama dengan Selangor FC.
Walaupun tidak menyerlah pada awalnya, dia bagaimanapun mampu mengambil hati penyokong kerana menunjukkan gaya permainan yang lebih baik.
Perkara itu terbukti apabila pemain berasal dari Sungai Lembing, Pahang itu berjaya meledak dua gol dalam saingan Piala FA menentang skuad Tok Gajah.
Mukhairi dikatakan semakin matang ketika diberikan minit permainan.
Walaupun jaringan itu tidak memuaskan hati penyokong, namun peminat tegarThe Red Giant perlu memberi masa untuk Mukhairi 'selesa' dengan pasukan Lembah Klang itu.
Pemain bertinggian 180 sentimeter itu mungkin lega apabila dapat meledak gol pertama buat kelab ketika menentang Pahang dan membantu memenangi perlawanan tersebut dengan bergaya 4-0 dengan dua jaringan yang dia sumbangkan.
Namun, dalam saingan Liga Super, dia belum menjaringkan sebarang gol tetapi berjaya memberikan hantaran bantuan sebanyak dua kali untuk pasukannya membolosi gawang pihak lawan.
Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe juga perlu memberikan minit permainan kepada Mukhairi agar lebih selesa bermain dengan pasukannya sekali gus meningkatkan kesefahaman antara dia dengan pasukan yang dia sertai musim ini.
Pemain berumur 21 tahun itu diberikan kepercayaan oleh pengendali pasukan itu untuk bermain selama 90 minit yang membolehkan jentera serangan pasukan Selangor FC bermain dengan lebih agresif pada saingan Liga Super.
Hal itu dapat dilihat apabila keputusan untuk dua perlawanan tersebut ketika menentang Kelantan FC dan Terengganu FC, skuad Gergasi Merah berjaya memberi tekanan kepada benteng pertahanan pihak lawan agar membiarkan pasukannya itu menjaringkan gol tanpa dibolosi.
Tapi bagi pandangan Dari Tepi Padang, adalah sangat tidak betul dengan usia yang muda, dia diberi tanggungjawab yang sangat berat untuk membawa sebuah pasukan yang besar seperti Selangor menongkah arus Liga Super, prestasi merosot walaupun sebenarnya Mukhairi adalah seorang pemain muda yang bagus.
"Dia muda lagi tapi karakter makin matang," kata John Labu John Labi.
"Pengurusan minda, coach yang bijak kena peka pada minda set setiap player untuk mendapatkan momentum point yang tepat, tetapi coach di Malayisa suka amalkan favorite player.
"Akibatnya ada player yang tersisih walaupun bagus, Mukhairi Ajmal ini bagus di bawah Datuk Ong Kim Swee namun tenggelam apabila dikendalikan oleh Tan Cheng Hoe," kata Nor Azmi Abdullah.
"Setuju, hantaran bantuan (assist) dia pun padu," kata Fazreen Aieyn.
Mukhairi merupakan salah seorang pemain yang mampu memberikan tekanan kepada pihak lawan dalam membantu pasukannya berada pada kedudukan teratas carta liga super.
Selangor FC bakal berkunjung ke Stadium Likas, Sabah pada 27 April untuk memberikan tekanan kepada pencabar utama dalam saingan Liga Super iaitu Sabah FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram