Dapat jolokan Panglima Likas, import The Rhinos terus jadi pujaan selepas 2 'assist'


  • Podium
  • Ahad, 23 Apr 2023

Sang Badak terus mengganas di Likas untuk terus menjadi pencabar dalam saingan Liga Super.

KEMENANGAN sebelum menyambut Aidilftri merupakan kenangan manis bagi pasukan Sabah FC yang mana berjaya mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri.

Selepas kekalahan dua kali di tempat lawan, akhirnya skuad Sang Badak tidak mahu lagi mengecewakan penyokong mereka dalam aksi perlawanan menentang Kelantan FC di Stadium Likas, Sabah.

Ketajaman jentera serangan Sang Badak berjaya mematahkan benteng pertahanan The Red Warrios dengan meledak enam gol dalam perlawanan tersebut menjadikan kedudukan pasukan itu berada pada tangga keempat dalam carta Liga Super.

kwang min ko

Kwang-min diberi gelaran Panglima Likas selepas dua kali memberi hantaran bantuan kepada Daniel.

Pemain pertahanan tengah, Daniel Ting beraksi cemerlang apabila berjaya meledak dua gol dalam membantu Sang Badak.

Pada malam yang penuh gemilang buat Sabah FC itu juga menyaksikan Daniel dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan selepas usahanya meledak dua jaringan gol buat pasukan Sang Badak.

Namun, di sebalik jaringannya itu ada dua bantuan dari pemain import berasal dari Korea, Kwang-min yang membantu Daniel Ting membolosi gawang pihak lawan.

Berkat persembahannya yang cemrlang, penyokong menggelar kwang-min sebagai 'Panglima Likas'.

Rata-rata penyokong Sabah FC memuji ketangkasan pemain pertahanan bahagian sayap itu.

"Panglima Likas ini, hantaran bola yang memukau dan mempertahankan bahagian sayap Sabah FC," kata Jimz Ahmad.

"Tidak sabar setiap kali game mahu tunggu kelibat si Kwang Min main, passing pun ada class tersendiri biarpun macam cartoon tapi padu. Next season harap semua pemain import Sabah berasal dari Korea," kata Jack Lupi Junior.

"Antara pemain yang punya kualiti hantaran tepat, untung Sabah FC beli pemain ini. Main di liga utama korea sampai Malaysia. Kualiti liga korea diadaptasi dalam skuad Sabah. Inilah bola sepak korea antara yg hebat di Asia," kata Rasinin Rajinin.

Pasukan Sabah FC bakal menerima kunjungan daripada pencabar utama Liga Super iaitu Selangor FC pada 27 April yang mana pertembungan tersebut bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram